“Wow! kalau Dulu Cuma Terima Zakat Dari Zakat Selangor, Kini Mereka Sudahpun Sukses!”

Posted on 3 views
Tiada perkara untuk mustahil untuk berjaya. Andai ada azam dan usaha berterusan, sudah pasti setiap apa yang diangan-angan akan mampu direalisasikan.

Misalnya kisah Puan Che Salamiah binti Malik iaitu seorang usahawan Zakat Selangor dalam bidang pemprosesan makanan yang kini telah pun menghasilkan pelbagai jenis rempeyek sebagai produk utama.

Salamiah merupakan usahawan Zakat Selangor daripada daerah klang yang telah menerima bantuan Zakat Selangor berupa bantuan Modal Pusingan sebanyak 1,000.00 pada Mei 2014 dan 2,000.00 pada Disember 2017 lalu.

Pada masa sama, usahawan ini juga telah menerima bantuan bagi Label Produk di bawah pembangunan produk berjumlah 3,500.00 bagi meningkatkan pasaran produk beliau dengan lebih luas.

Sementara Norazimah Hazmi pula mendapat bantuan Zakat Selangor daripada di bawah projek usahawan lori bergerak. Selain itu, pada Julai 2016, beliau juga menerima bantuan modal pusingan sebanyak RM1,500.00 dan bantuan peralatan perniagaan sebanyak RM1,870.16.

Norazimah menjalankan perniagaan beliau secara bergerak di tapak niaga seperti pasar malam, karnival, majlis-majlis, bangunan kerajaan dan sebagainya. Bergiat aktif niaga di merata tempat tanpa mengira lokasi dan waktu.

Usahwan tersebut telah memberikan komitmen yang baik untuk menyertai program anjuran Zakat Selangor sebagai tanda sokongan kerana telah banyak membantu dalam perkembangan perniagaan beliau.

Pastinya, mereka berdua ialah contoh peniagawati yang dulunya penerima zakat, kini menjadi pengeluar zakat perniagaan. Inilah rahsia keramat dalam keberkatan menunaikan zakat, menyuburkan perniagaan.

Senangnya Kira Zakat Perniagaan

Kira mudahnya ialah dengan mengira hasil Aset Semasa ditolak dengan Belanja/Liabiliti Semasa, darab dengan 2.5%.

ASET SEMASA tu bermaksud : Baki tunai di bank, baki tunai di tangan, hutang yang dijangka akan diterima dan nilai stok niaga boleh jual.

LIABILITI SEMASA pula bermaksud: Hutang pembekal dan hutang-hutang lain seperti bil eletrik, air dan sewa pejabat.

Maka, jumlah aset semasa ditolak dengan libiliti semasa didarabkan pula dengan 2.5%. Maka dapatlah jumlah zakat yang kena ditunaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.