(Video) Senjata Rahsia Rusia? Loceng Terbang Sebesar Bangunan Dirakam Di Ruang Udara Sweden ~ Bulletin Media

Posted on 2 views

(Video) Senjata Rahsia Rusia? Loceng Terbang Sebesar Bangunan Dirakam Di Ruang Udara Sweden

(Video) Senjata Rahsia Rusia? Loceng Terbang Sebesar Bangunan Dirakam Di Ruang Udara Sweden
(Video) Senjata Rahsia Rusia? Loceng Terbang Sebesar Bangunan Dirakam Di Ruang Udara Sweden

Klip video yang diambil dari Gothenburg, Sweden ini menunjukkan objek berbentuk loceng dipercayai sebesar bangunan melalui jalan raya pada 6 November lalu.Seorang pemandu merakam objek ‘loceng terbang’ itu terapung di langit dan seperti bergerak menuju ke suatu tempat.

ARTIKEL MENARIK: (Video) Lempar hasil laporan pelajar, 6 pembantu makmal dipecat


Objek tersebut dapat dilihat orang awam yang melalui jalan berkenaan dan rata-rata mereka mendakwa bahawa ia merupakan teknologi rahsia Nazi yang pernah dihasilkan sekitar tahun 1940-an di Jerman.Rakaman video tersebut telah di muat naik seorang pengguna Youtube, Amirreza Milad yang mendakwa objek tersebut ‘besar macam bangunan.’

“Ia seperti loceng yang pernah dicipta di Jerman pada tahun 40-an,” antara ulasan netizen yang menyaksikan rakaman itu.

“Jerman merupakan negara pertama yang mencipta teknologi alien.

“Hitler pernah menggunakan teknologi anti graviti yang turut digunakan semasa dan selepas perang.”

Digelar ‘senjata ajaib’, rata-rata mempercayai objek tersebut adalah susulan daripada rekaan saintis Reich yang bekerja untuk pihak Jerman satu masa dahulu.

Ia digambarkan diperbuat daripada besi keras selebar 2.7 meter dengan ketinggian 3.7 dan 4.6 meter, dibuat berbentuk seperti loceng.

Sumber: Siakapkeli.my

—————————————————————–
loading…

Source : Bulletin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.