UMNO PERSOAL KENAPA ISU ICERD TIMBUL SEKARANG?

Posted on 5 views

UMNO bertegas meminta Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) walaupun Dap dan beberapa pimpinan Melayu dalam Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR menyokongnya.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam yang dengan tegasnya menolak ICERD seperti disebut dalam sidang media oleh Presiden UMNO Malaysia sangat tepat dan jelas sekali.

Malah katanya, ucapan Presiden UMNO dalam Perjumpaan Khas UMNO Johor hari ini yang menyatakan ICERD adalah Malayan Union 2.0 adalah tepat.

“Ini mesti disedari oleh orang Melayu dan kita mesti bangkit menentang ICERD. Pendirian ini menunjukan bahawa UMNO tetap akan pertahankan kepentingan Melayu dan Bumiputera di negara ini dalam keadaan apa sekalipun.

“Pendirian ini sama sekali menolak pandangan Tun Mahathir bahawa UMNO sudah tiada dan kononnya UMNO hilang arah perjuangan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, UMNO mahu setiap perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dihormati dan keharmonian antara kaum dalam negara ini hendaklah dipelihara serta dihormati.

“Saya ingin jelaskan dalam keadaan UMNO membela kepentingan Melayu dan Bumiputera, UMNO juga tetap menghormati kepentingan kaum lain sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara.

“Sehubungan dengan itu, saya ingin nyatakan bahawa P. Waytha Moorthy, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai perpaduan dan intergrasi nasional nyata tidak peka dengan sentimen rakyat terutama Melayu dan Bumiputera dalam negara ini berkaitan isu ICERD.

“Persoalan juga timbul kenapa setelah sekian lama ICERD wujud, baru sekarang perkara ini dtimbulkan ?”, soalnya.

Kenyataan P.Waytha Moorthy yang masih mahu mendapat pandangan rakyat tegas Shamsul ternyata menunjukkan bahawa kerajaan dan beliau sendiri mempunyai niat serong untuk menjayakan perancangan itu.

Jelas beliau, rakyat sedar bahawa selama 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, perkara ini tidak ditimbulkan.

“Justeru kita ingin tahu, kenapa kini isu ratifikasi ICERD ini ditimbulkan? Sedangkan sejak dahulu ICERD sebenarnya sama sahaja isi kandungannya, dan dahulu ia tidak pun dibincangkan. Pada saya ini semua agenda Dap yang ingin menguasai sepenuhnya negara ini melalui ICERD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.