TMJ Ingatkan Tengku Amir Agar Berhati-Hati Dengan Jerung Dalam FAS

Posted on 3 views
Tengku Amir (RMS) sebelum ini menyatakan kekecewaannya ke atas Kongres Luar Biasa (EGM) yang diadakan oleh FAS bagi membentuk pentadbiran baharu. RMS sama sekali tidak mengiktiraf EGM itu.

Kemelut dalam pentadbiran FAS bukan pekara baharu. Malah ia sudah berlaku sekian lama. Ketika Tengku Amir mengambil alih pentabdbiran FAS – baginda sudah beberapa kali mendedahkan isu gila kuasa dalam FAS. Ini termasuk isu tandatangan palsu untuk mengadakan EGM.

Presiden FAS, DYTM Tengku Amir Shah (tengah) berbincang dengan Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon ketika Bengkel

Tengku Amir juga pernah menyindir ada serigala berbulu domba di dalam FAS – semuanya hanya kerana mahukan kuasa di dalam organisasi tersebut.

Kemelut dalam FAS itu mendapat perhatian TMJ yang sudah lama terlibat dalam pentadbiran bola sepak. TMJ mengingatkan agar Tengku Amir berhati-hati dengan jerung di dalam FAS.

TMJ menjawab persoalan yang diajukan oleh wartawan terkenal – Ahmed Shararazad Sani – yang meminta pandangan baginda tentang kemelut yang sedang melanda FAS.

TMJ berkata: “Saya seorang yang bersemangat tinggi dalam bola sepak. Di JDT saya ada kuasa mutlak. Saya terlibat di dalam setiap perkara dan tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk pandai pandai, terutamanya dalam membenarkan orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas kelab.”

Awasi jerung dalam FAS

TMJ kemudian memberitahu RMS bahawa baginda perlu berhati-hati dengan jerung-jerung di dalam FAS. TMJ berkata: “Dalam kes FAS, saya tahu akan ada banyak jerung yang mahu mengambil kesempatan ke atas wang kerajaan Selangor.”

“Satu perkara yang saya risau adalah RMS tidak sedar akan permainan serta individu yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya. Di JDT – tiada apa yang akan bergerak tanpa tandatangan saya,” tambah TMJ lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.