Thierry Henry Buru Kemenangan Pertama Menentang PSG Hari Ini

Posted on 3 views
Thierry Henry menyatakan misi utama beliau adalah untuk mencari kemenangan pertama dalam perlawanan menentang PSG yang akan berlangsung pada hari ini ataupun awal pagi esok waktu Malaysia.

Agak ironi apabila 2 atau 3 musim sebelum ini – perlawanan ini adalah di antara 2 pasukan seteru yang bersaing untuk kejuaraan liga. Namun pada musim ini AS Monaco bergelut dengan prestasi mereka.

Thierry Henry masih belum menikmati sebarang kemenangan bersama AS Monaco selepas 5 perlawanan dalam semua pertandingan – dengan 2 seri dan 3 kekalahan.

Dalam kempen UCL pertengahan minggu – mereka dibelasah Club Brugge 4-0.

Lawan mereka hari ini adalah PSG. Pasukan yang serba serbi lengkap dan dalam prestasi terbaik. Henry sudah memberitahu para pemainnya agar menganggap perlawanan ini sebagai perlawanan pertandingan piala – kalah mati.

Beliau mengakui teruja untuk terlibat dalam perlawanan sebesar ini – namun pada masa yang sama mengakui tekanan yang tinggi sedang dihadapi beliau ketika ini.

Beliau berkata: “Rasa gembira itu ada untuk terlibat dalam perlawanan seperti ini, namun pada masa yang sama tekanannya sangat tinggi. Kita semua tahu yang tugasan kali ini bukan mudah – menentang PSG. Walaupun ianya sukar namun kami akan cuba memberikan masalah kepada mereka.”

“Kami akan cuba kembali kepada asas permainan dan cuba menekan lawan seperti mana perlawanan menentang Brugge pada Oktober lalu [ketika seri 1-1]. Kami perlu lebih kuat dan cepat kembali bertahan serta memenangi duel secara individu.”

Bercakap tentang bekas pemain AS Monaco – Kylian Mbappe – Henry kagum dengan bakat pemain itu dan menganggap Mbappe sebagai bakat berkelas dunia.

“Mbappe seorang bintang – pemain luar biasa dan marilah kita gembira kerana beliau merupakan orang Perancis. Kalau boleh saya mahu beliau masih ada dalam pasukan Monaco.”

“Apa yang anda boleh katakan tentangt ylian Mbappe? Semua orang bercerita tentang gelecekan beliau. Namun saya pula lebih melihat kualiti beliau dalam perlawanan di mana beliau sangat bijak untuk pemain [remaja] pada usianya. Jarang saya melihat kualiti seperti itu.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.