Thailand Belasah Timor Leste Tanpa Belas, ‘Ultraman’ Adisak Kraisorn Cetak ‘Double Hattrick’

Posted on 1 views
Thailand membelasah teruk pasukan bukan pilihan – Timor Leste – dengan jaringan 7-0 – pada aksi pembukaan Piala AFF Suzuki bagi kumpulan B.

Paling menarik, pemain yang diberikan gelaran Ultraman di Thailand iaitu Adisak Kraisorn menjaringkan 6 gol ataupun hatrik berganda dalam perlawanan tersebut. Beliau menyempurnakan kesemua 6 percubaan pertamanya dalam perlawanan ini.

Thailand turun tanpa kelibat pemain seperti Kawin Thamsatchanan, Teerasil Dangda, Theerathon Bunmanthan dan Chanathip Songkrasin yang kini beraksi di luar negara. Namun begitu pasukan mereka jelas masih lagi unggul.

Penyerang Muangthong United – Adisak Kraisorn – menjaringkan hatrik beliau pada separuh masa pertama dalam tempoh 31 minit pertama perlawanan. Jarak di antara gol hatrik beliau adalah 28 minit.

Bersambung babak ke-2 beliau mencetak 1 lagi hatrik dalam tempoh hanya 12 minit daripada sepak mula separuh masa kedua. Pada masa kecederaan Supachai Jaided menambah 1 lagi gol untuk Thailand menang 7-0.

Thailand kini menjadi pendahulu kumpulan B dengan jumlah perbezaan jaringan yang sangat besar. Thailand dalam misi untuk menjuarai Piala AFF Suzuki untuk kali ketiga berturut-turut.

Thailand akan berhadapan dengan Indonesia pada 17 November ini di Stadium Rajamangala. Ianya satu lagi perlawanan berprofil tinggi dalam kalendar kejohanan kali ini.

Source : Semuanya Bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.