Sudah Sampai Masanya Kerajaan PH “Kurangkan Bercakap, Lebihkan Bekerja” – Rafidah ~ Bulletin Media

Posted on 2 views

Sudah Sampai Masanya Kerajaan PH “Kurangkan Bercakap, Lebihkan Bekerja” – Rafidah

Sudah Sampai Masanya Kerajaan PH “Kurangkan Bercakap, Lebihkan Bekerja” – Rafidah
Sudah Sampai Masanya Kerajaan PH “Kurangkan Bercakap, Lebihkan Bekerja” – Rafidah

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu “kurangkan bercakap, lebihkan bekerja” dalam usaha meletakkan semula negara di landasan yang tepat, kata Tan Sri Rafidah Aziz.Beliau yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi tempoh 1987 hingga 2008 berkata kerajaan perlu menumpukan tadbir urus negara dan bergerak dengan menggalas tanggungjawab besar dalam membangunkan negara.

ARTIKEL MENARIK: Bekas Suami Yang Gagal Bayar Nafkah Bakal Berdepan Dengan Sekatan Bank


okoh wanita ini turut senada dengan kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin bahawa kerajaan perlu menghentikan tindakan menyalahkan kerajaan terdahulu yang mentadbir negara selama 61 tahun lepas.Daim mahu kerajaan hari ini mula menumpukan kepada usaha menunaikan janji mereka kepada rakyat yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Kita teruskan mentadbir urus kerajaan, namun apabila masalah yang dibuat kerajaan terdahulu timbul, kita perlu memberitahu kepada rakyat, siapa yang melakukannya. Bagaimanapun, rakyat juga perlu tahu siapakah sebenarnya yang perlu dipersalahkan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai peranan yang boleh disumbangkan beliau sebaik sahaja menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafidah menyatakan akan memberi komitmennya kepada kerajaan PH menerusi keanggotaannya dalam parti itu.


Rafidah, yang kini Pengerusi AirAsia X Bhd, menekankan bahawa hasratnya untuk bersama-sama Bersatu bukan didorong faktor “orang lain turut menyertainya”.“Saya menyertainya bukan untuk rancangan atau agenda peribadi…bukan budaya saya. Bagi saya, ia adalah penyertaan sokongan, saya telah melaksanakannya semasa membantu PH memenangi PRU14,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perdagang ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir berkata pihaknya melahirkan kelegaan atas nasihat yang dibuat Daim.

“Komen (Tun) Daim adalah bijak, penuh kewarasan dan bertanggungjawab, selari dengan tugas beliau sebagai penasihat kerajaan.

“Budaya mengutuk, mengata dan mengumpat perkara lama tidak mengguntungkan kerajaan yang baharu, lebih-lebih lagi dengan konsep keterbukaan yang diamalkan di dalam Parlimen, ditambah apabila setiap orang yang memiliki telefon pintar dapat mengakses pendebatan anggota parlimen,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.