Shuib & Sarah Bakal Tunai Umrah 

Posted on 5 views

Pasangan selebriti, Shuib dan Sarah bakal menunaikan umrah buat kali kedua minggu depan.

Isteri kepada pelawak dan ahli perniagaan perniagaan Shuib, Siti Sarah memberitahu dia bersyukur hajatnya untuk kembali ke sana termakbul.

“Saya akan berangkat ke sana bersama suami dan turut disertai sahabat kami penyanyi Mark Adam dan isterinya. Semoga semuanya dipermudahkan, Insya Allah,” katanya.

Sarah dan Shuib mengerjakan Umrah kali terakhir pada Ramadhan tahun ini. Sarah turut memohon maaf atas segala kesilapan atau apa jua khilaf mereka sekeluarga.

“Halalkan makan minum kami. Doakan agar perjalanan umrah berjalan dengan baik dan mendapat Umrah mabrur Insyaallah.”

Dalam perkembangan lain, malam tadi, Siti Sarah yang membawa lagu SEMAKIN berjaya diangkat sebagai persembahan terbaik untuk minggu pertama di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-33. Tahniah Siti Sarah!

You may also like