Shakir Hamzah Bakal Sertai Skuad Helang Merah Musim Depan?

Posted on 3 views
Bekas juara Piala Malaysia, Kedah dikatakan bakal membawa masuk pemain skuad kebangsaan Singapura, Muhammad Shakir Hamzah untuk mengisi kuota pemain import Asean dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Pemain pertahanan yang berusia 26 tahun itu ditawarkan kontrak selama setahun untuk menguatkan benteng pertahanan Kedah menurut laporan daripada akhbar Singapura, The Straits Times.

Pemain kelab Home United itu kini bersama pasukan negaranya untuk menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2018 dijangka akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Helang Merah selepas berakhirnya kejohanan itu.

Bagaimanapun setakat ini masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengenai kemasukan pemain tersebut.

ANTARA FOTO/Wahyu Putro A/kye/16

Jurulatih baharu Kedah kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak kini sedang menguruskan kemasukan pemain import baharu pihak KFA masih dalam proses perbincangan fasa akhir mengikat pemain import tersebut dan akan mengumumkan status pemain hanya selepas kontrak dimeterai.

Sumber daripada Berita Harian turut mendedahkan, setakat ini hanya lima pemain mereka masih mempunyai kontrak hingga tahun 2019  iaitu Ifwat Akmal Che Kassim, Amirul Hisyam Awang Kechik, Muhd Akhyar Rashid, Muhd Farhan Abu Bakar dan Syawal Nordin.

Manakala pemain tempatan lain dimaklumkan masih mempunyai kontrak hingga hujung November ini dan pihak KFA masih dalam perbincangan berkaitan lanjutan kontrak dan tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak.

Source : Semuanya Bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.