“Saya Menghadap Allah, Terpulanglah Mereka Nak Buat Apa..” ~ Bulletin Media

Posted on 5 views

“Saya Menghadap Allah, Terpulanglah Mereka Nak Buat Apa..”

“Saya Menghadap Allah, Terpulanglah Mereka Nak Buat Apa..”
“Saya Menghadap Allah, Terpulanglah Mereka Nak Buat Apa..”

Bekas menteri Umno yang dituduh mencabul remaja 15 tahun Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini kelihatan pasrah berdepan isu itu.“Saya tidak tahu kerana berada di Mekah (menunaikan umrah). Saya menghadap Allah.

“Kalau rasa mereka hendak buat apa, terpulanglah kerana mereka berkuasa,” kata anggota parlimen arau ketika dihubungi akhbar pembangkang Utusan Malaysia.

ARTIKEL MENARIK: “Cukup-cukuplah Menggelar Dan Memanggil Najib Penyamun, Pencuri..”


Shahidan bagaimanapun enggan mengulas lanjut maksudnya.Bekas menteri kabinet Najib Razak itu dilapor berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung waran tangkap terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen Kangar hari ini.

Waran itu dikeluarkan selepas Shahidan gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan jenayah terhadapnya.

Peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim berkata anak guamnya tidak hadir ini kerana tidak dimaklumkan mengenai prosiding berkenaan lebih awal.


Pada 31 Oktober lalu, Shahidan berkata kontroversi berkaitannya berpunca daripada “salah faham” dan dakwaan beliau berdua-duaan dengan seorang pelajar dalam kereta adalah tidak benar.Shahidan menambah pertemuan itu dibuat ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan beliau keluar dari kenderaan terbabit.

Berdasarkan kenyataan dimuat naik di Facebook beliau, bekas menteri besar Perlis itu sedang mengerjakan umrah.

Sumber: Malaysiakini

—————————————————————–
loading…

Source : Bulletin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.