“Saya Dah Bayar RM3.70, Saya Nak Resit!”- Pemandu Teksi Sibuk Nak Tuntut Resit Sambil Tengking Pekerja Tol ~ Bulletin Media

Posted on 3 views

“Saya Dah Bayar RM3.70, Saya Nak Resit!”- Pemandu Teksi Sibuk Nak Tuntut Resit Sambil Tengking Pekerja Tol

“Saya Dah Bayar RM3.70, Saya Nak Resit!”- Pemandu Teksi Sibuk Nak Tuntut Resit Sambil Tengking Pekerja Tol
“Saya Dah Bayar RM3.70, Saya Nak Resit!”- Pemandu Teksi Sibuk Nak Tuntut Resit Sambil Tengking Pekerja Tol

Dah terang-terang ada notis di plaza tol tidak menyediakan resit, tetapi pemandu teksi ini tak sudah-sudah maki pekerja tol tersebut. Sikap beginilah buatkan sentimen negatif terhadap pemandu teksi lain di negara ini makin tercemar! Siap cuba nak viral kan lagi!ARTIKEL MENARIK: Anak Sakit Di Hospital, Bapa Pula Sibuk Bersuka Ria Dengan Gadis Tiktok

4.jpeg?resize=640%2C229&ssl=1

Difahamkan video yang berdurasi, 4 minit 41 saat itu menunjukkan pemandu teksi menggesa pekerja tol untuk memberikan resit di tempat yang tidak menyediakannya. Sudah terang-terang ada notis tiada resit, dia tetap memarahi pekerja tersebut kerana menyuruhnya untuk tuntut melalui atas talian.

“Dia tak nak bagi RM 3.70 saya pakai meter bukan saya nak pakai duit sendiri saya nak keluarkan, kalau dia tak nak bayar macam mana, saya tak ada bukti, saya laluan tol, kalau SPAD pun tanya resit mana, saya kena ambil resit, takkanlah saya kena pergi online saya nak claim. ”

Kekecohan yang dilakukannya penyebab perjalanan terganggu, ada individu menghampiri pemandu teksi tersebut. Dia menjelaskan bahawa dia memerlukan resit untuk buat tuntutan bayaran.

Malah individu tersebut menjelaskan bahawa resit tersebut boleh didapati melalui atas talian, namun dia memberi respon sambil meninggikan suara kepada individu tersebut

“Saya pemandu teksi encik, encik kena faham. Macam mana nak printing saya mana ada bawa komputer. Handphone macam mana saya nak bagi. Macam mana saya nak screen shot, dia nak resit, saya pakai meter encik faham tak?

Ok, kalau kita screenshot tu macam mana saya nak bagi dia punya resit? Nak bagi saya punya handphone? Saya kalau bayar tol, dia nak resit, macam mana dia nak hantar dia punya nombor telefon macam mana saya nak minta?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.