“Salah Tetap Saya… Tapi Cuba Tengok Dulu” – Giliran Tomok Pula Komen Teguran Ustaz ~ Bulletin Media

Posted on 4 views

“Salah Tetap Saya… Tapi Cuba Tengok Dulu” – Giliran Tomok Pula Komen Teguran Ustaz

“Salah Tetap Saya… Tapi Cuba Tengok Dulu” – Giliran Tomok Pula Komen Teguran Ustaz
“Salah Tetap Saya… Tapi Cuba Tengok Dulu” – Giliran Tomok Pula Komen Teguran Ustaz

TEGURAN dan nasihat ahli agama kepada Tomok yang berpakaian wanita dalam video muzik Bekas Kekasih disambut baik penyanyi lagu itu.Bagaimanapun, Tomok, 34, meminta golongan agamawan dan netizen menonton terlebih dahulu video muzik tersebut dan mengambil mesej yang cuba disampaikan.

ARTIKEL MENARIK: Selepas Awie, Akhirnya Watak Utama Hantu Kak Limah Tampil Dedah Perkara Sebenar

“Assalamualaikum… banyak perkara yang saya ingin jelaskan di sini tapi kita fokus satu-satu dulu ya. Saya sangat hargai (teguran) dari ustaz sampai ustazah, penuh timeline saya dua tiga hari ni.

“Salah tetap saya. Ya saya faham perkara itu tapi cuba tengok dulu mesej yang saya nak sampaikan dalam video muzik #bekaskekasih… please?,” tulisnya di laman Instagram pada Jumaat.

1.png?resize=620%2C296&ssl=1

Tomok terima teguran dan nasihat ahli agama.

Semalam, mStar Online melaporkan Pencetus Ummah (PU) Amin berkata, biarpun video muzik tersebut ada memberi mesej positif dan unsur dakwah namun ia tetap haram dari segi agama.

Menurut PU Amin atau nama sebenar Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, hal itu telah disebut berdasarkan hadis Ibnu Abbas RA.

“Saya sudah melihat video muzik itu dan memang benar ada mesej positif dan unsur dakwah tapi cara penyampaian itu tetap salah dan haram.

“Menerusi hadis Ibnu Abbas mengatakan Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan melaknat perempuan yang meniru gaya lelaki.

“Walaupun hanya berniat sekadar lakonan dan untuk berdakwah tapi ia tetap haram dan berdosa,” ujarnya.

Selain PU Amin, pendakwah PU Syed turut meluahkan pandangan yang sama mengenai isu ini di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Tomok turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi teguran dan nasihat berhubung tindakannya mengenakan pakaian wanita tersebut.

“Saya terima kritikan korang dengan terbuka. Jutaan terima kasih pada mereka yang menegur saya dengan cara baik ataupun sebaliknya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.