Rugi RM10,000 Ditipu Sindiket Wang Haram, Kisah Azhan Rani Harus Dijadikan Pengajaran ~ Bulletin Media

Posted on 3 views

Rugi RM10,000 Ditipu Sindiket Wang Haram, Kisah Azhan Rani Harus Dijadikan Pengajaran

Rugi RM10,000 Ditipu Sindiket Wang Haram, Kisah Azhan Rani Harus Dijadikan Pengajaran
Rugi RM10,000 Ditipu Sindiket Wang Haram, Kisah Azhan Rani Harus Dijadikan Pengajaran

PETALING JAYA: Pelakon Azhan Rani terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM10,000 apabila pernah menjadi mangsa sindiket penipuan wang haram kira-kira tiga bulan lalu.Azhan berkata, dia terpanggil untuk bercerita mengenai kejadian itu kerana melihat sindiket itu masih bergiat aktif dengan modus operandi meyakinkan sehingga ramai masih terpedaya.

ARTIKEL MENARIK: Eh Mangkuk Gua Pesan Dengan Lu. Papagomo Sudah Marii, Ini Pesanan Pedas Beliau Kepada Farid Kamil


“Jujurnya modus operandi mereka sangat bagus. Saya sendiri pada awalnya langsung tak rasa seperti kena tipu kerana apa mereka katakan sangat meyakinkan.“Meskipun kejadian itu telah lama berlaku tetapi rasa perit itu masih ada namun saya anggap bukan rezeki saya.

“Saya tertarik untuk menceritakan hal ini pun kerana sedar masih ramai terpedaya dengan sindiket ini jadi harap-harap kisah saya ini dapat jadi pengajaran juga kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Azhan-Rani.png?resize=620%2C388&ssl=1

Pendedahan Azhan di Twitter miliknya.

Bercerita mengenai pengalaman pahit itu, Azhan berkata, ketika kejadian dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sekitar pukul enam pagi sebelum menerima mesej kononnya daripada pihak sebuah bank.

Dalam keadaan tertekan dan keletihan, Azhan memberitahu dia menghubungi nombor yang tertera bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan dia menggunakan kad kredit membeli barang di sebuah lapangan terbang walaupun tidak pernah mempunyai akaun bersama bank terbabit.

“Ketika itu saya memang terkejut kerana tidak pernah buat sebarang pembelian seperti dikatakan dan dalam keadaan letih, tertekan memang saya marah dan menelefon nombor yang tertera dalam SMS itu.

“Jujurnya saya tidak rasa seperti ditipu kerana SMS yang dihantar juga standard seperti mana kebiasaan bank menghantar pesanan kepada pelanggan malah saya dapat bercakap dengan pegawai perkhidmatan pelanggan berhubung masalah saya.

“Cara mereka menjelaskan situasi itu juga cukup menyakinkan malah saya dirujuk pula kononnya kepada pegawai penyiasat Bank Negara Malaysia malah mereka memberikan maklumat peribadi dan perbankan saya dengan tepat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.