Reed Hasting, Netflix CEO di SEE WHAT’S NEXT: ASIA 2018

Posted on 2 views
Budiey.com sekarang ini sedang berada di bumi Singapura untuk mengikuti Media Junket SEE WHAT’S NEXT: ASIA 2018 anjuran Netflix. Acara selama dua hari ini menjadi highlight utama media sebagai penutup tahun 2018. Acara berlangsung di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre ini membariskan senarai filem dan drama asli dari Netflix untuk tahun 2019.

Netflix See What's Next: Asia - Day 1

SEE WHAT’S NEXT: ASIA 2018. Hari Pertama: Jam 9.30 pagi: STATE OF NETFLIX by Reed Hasting, Netflix CEO.

Seramai 200 orang media dan influencers dari segenap negara Asia berkumpul di Marina Bay Sands untuk melihat senarai terkini isi kandungan yang bakal dipertontonkan buat pelanggan setia perkhidmatan penstriman Netflix di tahun 2019.

Sesi pertama SEE WHAT’S NEXT: ASIA 2018 menjemput CEO Netflix untuk bercakap santai namun penuh visi berinspirasi tentang perjalanan Netflix sehingga menjadi mencetus satu fenomenal buat penggemar filem dan drama. Netlix menjadi satu platform alternatif di zaman milenia yang bergerak terlalu pantas dengan perubahan teknologi.

Netflix See What's Next: Asia - Day 1

Reed Hastings mengimbau kembali bagaimana perjalanan syarikat bermula dan idea mengumpulkan filem dan drama bersiri tercetus. Bagaimana Netflix dapat menakluki Asia dan laluan yang bakal dilalui untuk tahun mendatang. Tidak semudah yang disangka. Tidak sesenang yang dijangka. Tahun 2018 meninggal satu sejarah manis penuh bersejarah kerana kejayaan mengamit pelanggan baru setiap hari. Tidak hairan, dengan mutu dan keselesaan tontonan, kini pelanggan NETFLIX dah mencecah angka 100 juta pelanggan.

Pastinya, 2019 menanti dengan pelbagai isi kandungan yang lebih jitu bermutu dan memukau demi kepuasan setiap tontonan. Sebanyak 17 kandungan asli dari Asia bakal dibentangkan kepada media. Kandungan yang terdiri daripada rancangan bersiri serta animasi ini dihasilkan oleh karyawan yang berasal dari Filipina.Jepun, Taiwan, Thailand, India dan Korea Selatan. Antara yang menarik ialah siri animasi Pacific Rim yang diterbitkan oleh Craig Kyle (Thor: Ragnarok) dan Greg Johnson (X-Men: Evolution). Namun sayang sekali kerana satu produk pun tersenarai dari negara Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.