Raheem Sterling Lanjutkan Kontrak Dengan Manchester City Sehingga Tahun 2023

Posted on 4 views
Bintang sayap England dan Manchester City, Raheem Sterling akan terus beraksi dengan juara bertahan EPL itu apabila menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun sehingga tahun 2023.

Pemain England berusia 23 tahun itu telah meledak tujuh gol dalam 14 perlawanan musim ini dan mengakui sangat selesa bermain di beberapa posisi di bawah kendalian Pep Guardiola.

Media Britain melaporkan perjanjian mengikat Sterling bernilai £300,000 (RM1.6 juta) seminggu, yang menjadikannya antara pemain dengan gaji termahal dalam liga itu.

“Saya gembira untuk menandatangani kontrak ini,” katanya kepada laman web kelab itu. “Peningkatan saya di sini amat mengagumkan.

“Saya berasa ia pilihan yang tepat buat saya sejak saat pertama saya menjejakkan kaki di sini. Ia berbaloi dan saya amat bersyukur.”

Sterling menyertai City dari Liverpool dengan harga £49 juta (RM266 juta) pada 2015 dan memenangi liga serta Piala Liga Inggeris musim lalu.

“Ini saat yang penting buat kelab ini,” kata pengarah bola sepak City, Txiki Begiristain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.