Phillip Abbah & Mido ‘Bermaharajalela’ Bantu Kajang AZS Belasah Gombak Hypernova FT

Posted on 2 views
Lapan jaringan terhasil pada aksi pertama minggu ke-8 selepas Kajang AZS berpesta jaringan menewaskan Gombak Hypernova FT 7-1 pada aksi berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Kajang AZS membuktikan kejaguhan mereka di babak pertama setelah berjaya mendahului 6-0 menerusi hatrik dihasilkan Mohamed Addurazzag Almabrouk Alkanouni dan Phillip Abbah Eugine.

Addurazzag membuka tirai jaringan seawal minit pertama berikutan kesilapan hantaran pertahanan Gombak Hypernova FT yang dirampas Phillip Abbah.

Phillip kemudiannya melepaskan rembatan yang dihalang penjaga gol Hypernova, Aidil Iskandar sebelum Addurazzag melepaskan percubaan susulan untuk gol pertama perlawanan.

Pemain yang dikenali dengan panggilan Mido itu melebarkan kedudukan dengan rembatan luar kawasan penalti yang dihalang Aidil, namun bola tersebut melantun untuk menerjah gawang Hypernova FT berselang dua minit kemudian.

Belum sempat Gombak Hypernova FT memperkemaskan aksi mereka pada minit ke-8, giliran Mido pula melakukan hantaran hasil gerakan solo dalam kawasan penalti buat Phillip Abbah untuk mudah menolak masuk bagi golberla ketiga.

Mido terus cemerlang apabila berjaya melengkapkan hatrik peribadinya pada minit ke-9 dengan mudah menewaskan Aidil Iskandar.

Gandingan Phillip Abbah dan Addurazzag ternyata begitu berkesan pada perlawanan ini apabila kombinasi menarik mereka terus menghasilkan jaringan keempat pada minit ke-13.

Hasil gerakan yang diilhamkan Addurazzag yang seterusnya mencari Phillip, tidak dipersiakan penyerang tinggi lampai itu.

Melihat rakan sepasukannya mencipta hatrik, Phillip Abbah juga tidak mahu ketinggalan untuk berbuat demikian dan hatrik beliau terhasil pada minit ke-31 susulan hantaran cantik dari jarah jauh yang dilakukan kapten, Faizal Rahman, disudahkan dengan baik oleh penyerang kelahiran Nigeria itu.

Memasuki babak kedua, Gombak Hypernova FT berusaha untuk kembali bersaing walaupun sudah ketinggalan begitu jauh.

Usaha mereka membuahkan hasil seminit selepas perlawanan bersambung setelah gerakan yang dimulakan Eddy Chandra Montir memberikan peluang buat Nik Mohd Syukri Nik Wil menghasilkan gol saguhati.

Jaringan yang jelas meningkatkan moral para pemain namun tidak mampu buat Hypernova FT menggandakan jaringan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.