Pergaduhan Galatasaray-Fenerbahce, Pemain & Jurulatih Terima Padah

Posted on 2 views
Bekas penyerang Tottenham Hotspur, Roberto Soldado adalah salah seorang daripada lima pemain yang menerima hukuman gantung perlawanan selepas terlibat dengan pergaduhan di atas padang ketika perlawanan melibatkan Galatasaray dan Fenerbahce.

Kekecohan timbul apabila pemain kedua-dua pasukan mulai bercakaran di atas padang dalam perlawanan yang berkesudahan 2-2 dalam saingan liga.

Papa Alioune Badou Ndiaye of Galatasaray SK and Serdar Aziz of Galatasaray SK hold Jailson Marques Siqueira of Fenerbahce SK during the Turkish Spor Toto Super Lig football match between Galatasaray SK and Fenerbahce AS at the Türk Telekom Arena on November 02, 2018 in Istanbul, Turkey.(Photo by VI Images via Getty Images)

Soldado,menyertai Fenerbahce dari Villareal pada 2017, adalah salah seorang daripada tiga pemain yang dilayangkan kad merah. Pemain yang berasal dari Sepanyol itu menerima hukuman gantung enam perlawanan.

Pemain Fenerbahce, Jailson Siqueira menerima hukuman pergantungan sebanyak lapan perlawanan, manakala pemain tengah Galatsaray dari Senegal, Badou Ndiaye menerima pergantungan sebanyak lima perlawanan.

Pengurus Galatsaray, Fatih Terim juga dihukum gantung dengan tujuh perlawanan selepas tindakan beliau diklasifikasikan sebagai tindakan salah laku terhadap pengadil, dan komen yang beliau lakukan selepas perlawanan tersebut.

coach Fatih Terim of Galatasaray SK between the players and coach Erwin Koeman of Fenerbahce SK on his way during the Turkish Spor Toto Super Lig football match between Galatasaray SK and Fenerbahce AS at the Türk Telekom Arena on November 02, 2018 in Istanbul, Turkey.(Photo by VI Images via Getty Images)

Pembantu kepada Fatih- juga merupakan bekas bintang Piala Dunia Turki, Hasan Sas digantung lapan perlawanan selepas pembabitan beliau menyerang beberapa pemain psaukan lawan.

Manakala pemain tengah Garry Mendes Rodrigues dan Ryan Donk masing-masing dihukum dengan pergantungan tiga dan enam perlawanan kerana tingkah laku yang tidak menggambarkan semangat kesukanan.

Kedua-dua kelab Turki itu juga didenda kerana kegagalan mengawal pemain dan pegawai masing-masing dalam perlawanan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.