Penyokong Indonesia ‘Troll’ Timnas Mereka Sendiri Dalam Kekalahan Di Tangan Singapura

Posted on 6 views
Dilaporkan lebih 1,300 penyokong Indonesia berada di Stadium Kebangsaan Singapura bagi menyaksikan perlawanan pembukaan kumpulan B – Piala AFF Suzuki 2018.

Mereka menaikkan satu kain rentang yang bertulis: “Tidak malukah kalian dengan prestasi juniormu.”

Ianya dianggap banner troll berbentuk propaganda penaik semangat kepada pasukan mereka. Ini selepas pasukan remaja Indonesia B-19 dan pasukan B-23 cemerlang dalam kejohanan Piala AFC B-19 dan juga Sukan Asia 2019.

Manakala pasukan senior Indonesia masih belum pernah menjuarai Piala AFF di dalam sejarah mereka. Pasukan mereka 5 kali menjadi naib juara di dalam sejarah.

Namun sayangnya – provokasi daripada banner itu masih tak dapat membantu Sang Garuda. Pasukan Indonesia ditewaskan oleh Singapura dengan jaringan tunggal – kapten pasukan – Hariss Harun.

Singapura ternyata pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini. Indonesia bergelut dengan tempo perlawanan.

Mereka seringkali diancam oleh Singapura setiap kali cuba menyerang. Pada minit ke-74 barulah Indonesia mendapat percubaan tepat pertama menerusi bek kiri – Putu Gede Juni Antara.

Namun Putu Gede dibuang padang pada masa kecederaan selepas menerjah Adam Swandi. Perlawanan berakhir dengan kemenangan 1-0 Singapura. Sepatutnya pasukan seberang tambak itu boleh menjaringkan lebih banyak gol.

Selepas aksi tidak menentu di atas padang, kain rentang troll yang awalnya dianggap penaik semangat itu telah menjadi ‘troll’ ejekan kepada pasukan mereka sendiri. Ini kerana pasukan mereka ternyata tidak dapat menunjukkan aksi terbaik di dalam perlawanan itu.

Ramai penyokong Indonesia di media sosial menyokong troll itu kerana mereka kecewa dengan pencapaian skuad kebangsaan mereka dalam Piala AFF Suzuki. Mereka berharap para pemain senior akan beraksi lebih baik dan bersungguh-sungguh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.