Pengurus Projek ABK18 Tampil Berikan Penjelasan Selepas Dipecat Kerana Kontroversi Kasut Emas ABK18

Posted on 11 views
Kontroversi trofi untuk anugerah Kasut Emas ABK18 baru-baru ini telah mengundang pelbagai kritikan dan persoalan. Dan terbaru pegawai yang terlibat telah membuat penjelasan kan hal itu.
Kontroversi Kasut Emas ABK18 bermula

Pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK18) – Pemenang Kasut Emas ABK18 telah diberikan trofi anugerah yang pelik dan kelakar. Ianya menjadi bahan troll di laman sosial.

Pengerusi MFL iaitu TMJ – membidas organisasi beliau sendiri dan meminta pegawai yang bertanggungjawab untuk meletakkan jawatan.

MFL kemudiannya memberikan penjelasan bahawa pegawai yang bertanggungjawab tidak berkomunikasi dengan baik dengan pengurusan tertinggi. Dan mereka tidak mendapat trofi yang sepatutnya seperti yang mereka pesan.

MFL juga menuduh ada pegawai yang cuba menyorokkan perkara itu.

Selepas itu – MFL mengadakan satu sesi video – di antara Kevin Ramaligam selaku CEO MFL dengan Pegawai Operasi MFL – Mohd Shazli Shaik Mohd dan Ketua Pegawai Pematuhan MFL – Desmond Dominic Raju. Dalam video tersebut mereka mengesahkan pegawai terlibat telah meletak jawatan.

Kira – kira pada 11.30 malam – 10 November 2018 – Pegawai MFL yang bertanggungjawab menjadi Pengurus Projek ABK18 – Danial Khoriri – telah tampil dengan penjelasan beliau. Beliau menyatakan bahawa beliau telah dipaksa untuk meletakkan jawatan dengan notis 24 jam pada Rabu – 7 November 2018.

Penjelasan daripada Pengurus Projek ABK18

Berikut adalah penjelasan daripada Danial Khoriri: “Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Danial Khoriri, bekas eksekutif MFL merangkap pengurus projek Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 [ABK18] yang berlangsung Isnin – 5 November 2018 -lalu.”

“Seperti yang sedia maklum, polemik trofi ‘Golden Boot’ ABK18 yang tular di laman sosial sejak berlangsungnya acara Isnin lepas masih lagi diperkatakan sehingga hari ini.”

Dipaksa letak jawatan

“Untuk makluman semua, saya sudahpun dipaksa dan telahpun meletakkan jawatan dengan notis 24 jam pada hari Rabu (7 November 2018) yang lalu. Ya, saya mengaku saya bersalah seperti apa yang dinyatakan oleh pihak MFL dan mengambil tanggungjawab atas apa yang telah berlaku.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.