Pecahkan Cermin Kereta Ketika Solat Jumaat, Lelaki Ini Dibelasah Dan Disumbat Dalam Keranda ~ Bulletin Media

Posted on 5 views

Pecahkan Cermin Kereta Ketika Solat Jumaat, Lelaki Ini Dibelasah Dan Disumbat Dalam Keranda

Pecahkan Cermin Kereta Ketika Solat Jumaat, Lelaki Ini Dibelasah Dan Disumbat Dalam Keranda
Pecahkan Cermin Kereta Ketika Solat Jumaat, Lelaki Ini Dibelasah Dan Disumbat Dalam Keranda

SHAH ALAM – Seorang pemuda sempat merasai ‘tidur’ di dalam keranda jenazah selepas dia ditahan ketika cuba melarikan diri dalam satu kejadian di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18 di sini petang tadi.Tindakan tersebut dipercayai dilakukan jemaah masjid berkenaan selepas lelaki berusia 36 tahun itu berjaya diberkas setelah memecahkan sebuah kereta Perodua Axia.

ARTIKEL MENARIK: Padang Pasir Tandus Di Negara Saudi Kembali Menghijau


Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, tindakan suspek disedari seorang lelaki yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan masjid berkenaan.
cermin.jpg?resize=650%2C366&ssl=1

Keadaan cermin kereta yang dipecahkan oleh suspek petang tadi.“Lelaki terbabit menyedari suspek berada di sebelah sebuah kereta Perodua Axia dan telah memecahkan cermin bahagian tepi kenderaan berkenaan sebelum bertindak menghubungi ahli kariah yang lain.


“Lelaki berkenaan turut memaklumkan tangannya berkemungkinan mengalami patah atau retak ekoran terkena bumper kereta semasa menangkap suspek berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Baharuddin berkata, pihak kariah kemudiannya menghubungi polis untuk menyerahkan suspek.

Terdahulu, satu rakaman video yang memaparkan suspek diikat dan ‘ditidurkan’ dalam sebuah keranda jenazah hampir satu minit tular di laman sosial facebook.

Sumber: Kosmo Online

—————————————————————–
loading…

Source : Bulletin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.