Paco Alcacer Wira Kemenangan Borussia Dortmund Atasi Bayern Munich Dalam Der Klassiker

Posted on 5 views
Der Klassiker adalah perlawanan yang paling mencuri tumpuan dalam kalendar bola sepak Jerman. Ianya mempertemukan Borussia Dortmund dengan Bayern Munich.

Der Klassiker pertama dalam Bundesliga – berlangsung di Signal Iduna Park. Perlawanan yang lebih dikuasai oleh Bayern Munich pada separuh masa pertama dari segi penguasaan bola. Bayern Munich mencipta lebih banyak peluang pada separuh masa pertama.

Jadon Sancho dan Marco Reus memberikan masalah kepada Bayern Munich yang membuka ruang sangat selesa di bek sisi mereka. Memaksa Franck Ribery beberapa kali turun bertahan mengejar Sancho. Masalah utama Dortmund pada separuh masa pertama – terlalu banyak hilang bola dan hantaran lemah pada fasa serangan balas mereka.

Bayern Munich di hadapan pada minit ke-26 menerusi Lewandowski yang tidak dikawal – berada di celah-celah 2 bek tengah BvB. Beliau menanduk masuk hantaran Serge Gnabry.

Pada separuh masa kedua Marco Reus membalas gol tersebut pada minit ke-49. Namun Lewandowski kembali meletakkan pasukkannya di hadapan pada minit ke-52 – menyempurnakan hantaran Joshua Kimmich.

Borussia Dortmund memperbaiki rentak permainan mereka. Lebih banyak ancaman bahaya dilakukan. Dortmund memiliki beberapa siri peluang selepas itu. 2 daripadanya adalah dari jarak sangat dekat dan dikeluarkan oleh pertahanan lawan di atas garisan.

Dalam hati para penyokong Dortmund – mungkin ada yang menganggap bahawa malam tersebut bukan malam mereka.

Reus – yang beberapa kali terlepas peluang keemasan – menebus kesilapannya dengan satu gol cantik pada minit ke-67. Hantaran silang deras yang rendah daripada Łukasz Piszczek disambar dengan sangat baik oleh Reus.

reus

Pada minit ke-59 – penyerang sensasi mereka musim ini – Paco Alcacer dimasukkan. Hanya 3 minit di atas padang, beliau menjaringkan gol ke-3 untuk Dortmund. Pertama kali mereka di hadapan dalam perlawanan ini.

Satu serangan balas yang cantik dilancarkan – Alcacer menewaskan Neuer dalam keadaan 1 lawan 1. Kredit juga kepada Axel Witsel yang mencipta peluang gol tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.