Oxford United Lantik Erick Thohir Sebagai Ahli Lembaga Pengarah

Posted on 3 views
Jutawan Indonesia, Erick Thohir dilantik sebagai salah satu ahli lembaga pengarah sebuah kelab EFL League One, Oxford United.

Beliau merupakan bekas pengerusi kelab terulung Itali, Inter Milan.

Rakan lama

Kelab yang berpangkalan di Oxford itu kini dimiliki oleh hartawan Thailand, Sumrith Thanakarnjanasuth. “Tiger” merupakan nama panggilan hartawan tersebut.

Beliau membeli kelab itu pada Februari tahun ini.

Tiger menyatakan pemilihan Erick sebagai ahli lembaga pengarah kelab itu disebabkan minat mendalam terhadap bola sepak. Beliau mempelawa Erick berkongsi pengalaman untuk membangunkan nama Oxford United.

Erick sendiri berpengalaman semasa di Itali melalui Inter Milan. Beliau juga pernah mempunyai saham dalam kelab Major League Soccer, DC United.

Sebenarnya, Tiger mengenali jutawan Indonesia itu sudah lama. Tidak hairanlah, beliau dibawa masuk ke dalam pengurusan kelab Inggeris itu.

Pengalaman

Erick Thohir turut mempunyai minat dalam sukan bola keranjang. Kelab bola keranjang NBA, Philadelphia 76ers pernah dimiliki dari 2011 hingga 2013.

Pada 2013 beliau menjual kelab bola keranjang itu demi menumpukan fokus kepada Inter Milan. Namun begitu, beliau tidak lama bersama kelab itu.

Erick meletakkan jawatan sebagai pengerusi Inter Milan pada penghujung Oktober lalu. Beliau digantikan dengan Zhang Kangyang, anak kepada pemegang saham Inter Milan, Zhang Jindong.

Peluang Asia Tenggara

Aksi pemain Oxford United. Sumber Oxford Mail.

Oxford United tidaklah terlalu dikenali peminat bola sepak dunia. Ia berbeza dengan satu lagi ikon di kota raya iaitu Universiti Oxford.

Gandingan warga Thailand dengan Indonesia di kelab Inggeris berpotensi memberikan peluang pemain bola sepak Asia Tenggara beraksi di sana.

Cuma bilakah masanya?

Source : Semuanya Bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.