MFL Tampil Balas Kenyataan Pengurus Projek ABK18

Posted on 4 views
Selepas kenyataan oleh Pengurus Projek ABK18 – Danial Khoriri semalam – hari ini MFL tampil dengan kenyataan balas dengan mengambil kenyataan beberapa pegawai MFL – yang merupakan bekas rakan kepada Danial.

Mohd Shazli – Ketua Pegawai Operasi MFL – memberitahu beliau pelik dengan piala Kasut Emas ABK18 dan bertanya kepada Danial dari mana datangnya piala itu. Beliau juga memberitahu ada komunikasi antara beliau dan Danial tentang trofi tersebut.

Shazli menyatakan: “Saya mahu menjelaskan bahawa saya memang ada bertanya Danial mengenai trofi boot Nike sewaktu di Hotel Pullman dan beliau memang ada menjawab bahawa semua adalah ‘under control’.”

“Selain itu, selepas event ABK berakhir, isu piala menjadi bualan yang mana saya juga terkejut dgn piala yg di tunjukkan oleh pemenang-pemenang trophy tersebut.”

“Sesudah selesai sewaktu di sekreteriat, saya berjumpa Daniel dan bertanya daripada mana datangnya piala tersebut? Tidak pernah di tempah? Beliau menjawab – dengan meminta maaf kerana beliau membuat tempahan piala tersebut. Saya turut mengingatkan beliau untuk dengan segera buat penjelasan kepada CEO akan isu ini.”

“Penjelasan Danial bahawa tiada komunikasi antara saya dan beliau adalah tidak tepat sekali.”

“Pada pagi hari Rabu sehari selepas cuti sambutan Deepavali, Daniel telah hadir ke pejabat dan berjumpa saya dengan menanyakan viralnya isu piala penjaring terbanyak dan Kasut Emas.”

“Saya jelaskan ia merupakan satu isu besar. Beliau turut mengaku akan kesalahan yang telah di lakukan iaitu membuat piala tanpa merujuk kepada saya atau pun CEO dan akan mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan.“

Kenyataan kedua pula adalah daripada Desmond Raju yang merupakan Pegawai Pematuhan. Beliau menyatakan MFL ada memberikan peluang kepada Danial Khoriri membela diri.

Desmond menyatakan: “Sebagai Ketua Jabatan Perundangan dan Pegawai Pematuhan, saya boleh mengesahkan bahawa pada pagi hari Rabu, saya dan Hafidz dari HR telah berjumpa dengan Danial – di mana Danial diberi peluang untuk mejelaskan isu piala tersebut.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.