Menyampah Dengan Mentaliti Takut Kena Tinggal Suami Sebab Dah Longgar, Ada Perkara Yang Lagi Penting- Ramona Zamzam

Posted on 3 views
Laman Instagram artis seperti yang anda semua tahu sudah menjadi medium utama untuk peniaga-peniaga mengiklankan produk mereka.

Paling menyampah kalau ada iklan terlampau  menjual ubat kuat dan perapat. Begitulah juga yang dirasakan oleh pelakon Ramona Zamzam. Pelakon itu mengakui sudah rimas dan letih dengan penjual produk perapat yang tidak henti menghina wanita yang bergelar isteri sudah tidak mampu menambat hati suami kerana sudah ‘longgar’ dan tidak ‘mantap’ seperti anak dara.

Kata Ramona, mentaliti negatif seperti itu harus diubah. Seorang wanita diwujudkan bukan semata-mata untuk dijadikan pemuas nafsu lelaki sahaja. Banyak lagi benda penting daripada terus berfikiran akan ditinggalkan suami kerana  isu ‘longgar’ itu.

Pada masa yang sama, Ramona menasihati agar tiada wanita yang mudah terpedaya dengan segala jenis ubat perapat yang mampu mengembalikan ‘dara’.

Walaupun ramai yang merasakan isu seperti ini agak sensitif untuk dibicarakan, tetapi hakikatnya Ramona sangat berani dan secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran kepada ramai wanita diluar sana.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Source : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.