Mengidap Kanser Esofogus Tahap 4 Zaibo Kini Berehat di Johor

Posted on 21 views
Pelakon Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, popular menerusi watak Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya yang disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat akui keadaannya kini masih baik dan sedang berehat di kampung halaman isterinya di Rengit, Johor.

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai keadaan kesihatan pelakon Zaibo yang dikatakan kini sedang tenat akibat penyakit kanser esofagus tahap empat yang dihidapinya.

Memetik berita yang disiarkan di Mstar Online, Zaibo yang terkenal dengan watak Pak Selamat menerusi sitkom Spanar Jaya bagaimanapun menafikan perkara itu dan menjelaskan gambar yang tersebar telah dirakamkan beberapa bulan lalu.

Posting tentang keadaan Zaibo yang tular di Facebook:

Zaibo SAKIT

Gambar berkenaan menunjukkan keadaan fizikal Zaibo yang sangat kurus dan lesu.

“Alhamdulillah keadaan saya sekarang baik, cuma perlu rehat yang cukup selepas membuat rawatan kanser. Itu adalah gambar lama dan saya kini berada di Johor untuk meneruskan rawatan susulan,”

Sebelum ini, Zaibo pernah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada September lalu.

“Saya hanya ada masalah darah tinggi dan kolesterol. Tak sangka tiba-tiba doktor mengesahkan saya kini menghidap penyakit kanser esofagus (Esophageal Cancer) dan perlu menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB).” – Zaibo

Menerusi perbuatan telefon bersama Zaibo, 62, dia bagaimanapun kedengaran agak lemah.

Sungguhpun demikian, dia memohon agar peminat tidak membuat sebarang spekulasi negatif dan sebaliknya berharap orang ramai mendoakan kesejahteraannya. September lalu, industri dikejutkan dengan khabar duka apabila Zaibo mengakui menghidap penyakit kanser esofagus tahap empat.

Zaibo minta peminat tidak percaya khabar angin dia sedang tenat.

Cerita Zaibo, dia diberitahu menghidap kanser tersebut apabila melakukan pemeriksaan kesihatan susulan berhadapan masalah tersedak dan muntah selepas makan. Esofagus ialah bahagian salur makanan yang terletak diantara tekak dan perut.

Zaibo meminta semua pihak terutama sahabat handai, rakan artis serta semua peminat agar sama-sama mendoakan agar kesihatannya stabil dan sihat seperti dulu dan urusannya dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.