Menang 2-1 Bertemu Klang Valley United, NPNG FC Sahkan Kedudukan Juara Kumpulan B

Posted on 3 views
NPNG FC Damansara Damai mengesahkan kedudukan di tempat pertama saingan kumpulan B Selangor Champions League 2018 selepas berjaya menundukkan Klang Valley United (KVU) 2-1 di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Sudah mengesahkan slot ke peringkat suku akhir, NPNG FC Damansara Damai jelas tidak memberikan tugasan yang mudah buat Klang Valley United pada perlawanan ini walaupun merehatkan beberapa pemain utama mereka.

Ia terbukti apabila pemain sayap muda, Muhd Haiqal Johari membuka tirai jaringan pada minit ke-8 selepas menerima hantaran lintang daripada Ravindran Krishnan di kanan pintu gol KVU.

Kawalan permainan yang kemas serta lebih menghadirkan ancaman ketika melakukan serangan, NPNG FC menambah jaringan kedua pada minit ke-20 menerusi ketua pasukan, Raffi Mansor.

NPNG FC

Hasil lorongan menarik yang dicipta Mohamad Aidil Zainal Abidin terus menemui Raffi yang meluru pantas bagi menewaskan Mitchell Gilbert buat kali kedua.

Selesa dengan kelebihan dua jaringan tersebut, pengendali NPNG FC Damansara Damai, Micheal Palani mengeluarkan arkitek pasukan, Lukhman Noor Hakim.

Klang Valley United berjaya merapatkan kedudukan selepas empat minit perlawanan bersambung berikutan kesilapan pertahanan NPNG FC yang cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya  yang terbias mengenai Syed Muhammad Nabil Syed Saleh lalu bola membolosi gawang yang dikawal Ilyaf Sani.

Aidil Zainal pula hampir menambah menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-41 apabila tandukan dilakukannya dinafikan pertahanan KVU di atas garisan gol.

Usaha kedua-dua pasukan selepas itu gagal menghadirkan hasil yang diharapkan untuk keputusan 2-1 kekal hingga tamat permainan bagi menghadiahkan 3 mata penuh buat NPNG FC Damansara Damai.

Dengan kemenangan ini menyaksikan NPNG FC menamatkan peringkat kumpulan dengan enam kemenangan dan dua keputusan seri bagi mengumpul 20 mata.

Pemain terbaik perlawanan: Raffi Mansor (NPNG FC Damansara Damai)

Source : Semuanya Bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.