Melaka United Sambar ‘Messi’ Terengganu, Perak Ikat Partiban

Posted on 11 views
Skuad Terengganu FC kemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat bintang muda mereka, Faiz Nasir dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Terdapat khabar angin di media sosial mengatakan pemain yang berusia 26 tahun itu akan berhijrah menyertai pasukan Melaka United yang bakal dikendalikan oleh jurulatih baharu, Zainal Abidin Hassan.

Malah, ibu kepada pemain tersebut, Hasnimemilia turut memuat naik gambar Faiz Nasir di laman instagramnya dan mengumumkan anaknya itu bakal berkelana ke Melaka dengan meletakkan hashtag #MELAKAUNITEDFC2019 

Namun, masih belum ada pengumuman rasmi dari Melaka United dan mereka dijangka akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Pemain bertubuh kecil dan lincah ini sering memberi masalah kepada pertahanan lawan dan merupakan ayam tambatan Terengganu FC musim ini. Beliau juga berjaya membantu pasukannya muncul sebagai naib juara Piala Malaysia minggu lalu.

Minggu lalu, ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim membuat pendedahan kepada media tempatan, 4 pemain utama skuad itu telah dipancing oleh pasukan lain sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai perpindahan Faiz Nasir ke pasukan lain.

Semalam, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengumumkan mereka telah menandatangani seorang lagi tonggak Terengganu FC, iaitu J. Partiban bagi menguatkan barisan serangan Perak musim depan.

Pemain tengah Terengganu, J Partiban menjadi pemain baru yang pertama yang ditandatangani oleh Pasukan Perak The Bos…

Posted by Hasnul Zulkarnain Abd Munaim on Thursday, November 8, 2018

Partiban yang beraksi di posisi sayap kiri itu merupakan anak kelahiran Perak dan pernah beraksi untuk pasukan negerinya. Beliau kembali semula setelah 4 tahun beraksi dengan pasukan lain.

Ketiadaan Faiz Nasir dan Partiban dalam skuad Terengganu FC memberi peluang kepada Irfan Bakti untuk memancing beberapa pemain import berkualiti dan beberapa pemain tempatan barada dalam radar pasukan itu.

“Selepas aksi cemerlang tahun ini, ramai pemain utama dipancing tapi saya tak ambil pusing kerana tidak ada pemain mahupun jurulatih akan kekal dalam bola sepak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.