Mehmet Ketuai Skuad Perak Terima Pingat, Penghargaan Kerana Menjuarai Piala Malaysia

Posted on 2 views
Sudah menjadi kebiasaan – di mana pemenang sesuatu kejohanan major domestik di negara kita akan diberikan habuan. Perak ada cara mereka tersendiri untuk memberikan bonus kepada para pemain dan juga pegawai pasukan juara Piala Malaysia mereka.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menganugerahkan pingat kepada 29 pemain dan pegawai – skuad Perak The Bos Gaurus yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia selepas 18 tahun.

Perak menewaskan Terengganu dalam final yang sangat dramatik. 2 kali pasukan Perak menafikan kemenangan Terengganu di saat akhir. Perak menang 4-1 dalam penentuan sepakan penalti – selepas terikat 3-3 dalam 120 minit.

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengetuai skuad Perak untuk yang menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) sempena sambutan ghari keputeraan ke-62, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah semalam (10 November 2018).

Sementara itu, 28 lagi penerima – terdiri daripada pemain dan pegawai pasukan menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) – dalam majlis yang sama.

Foto: Utusan Online

Perak kini dalam rangka persediaan untuk musim baharu. Mehmet Durakovic sebelum ini sudah mengesahkan komitmen beliau untuk terus bersama Perak bagi menghadapi musim akan datang. Perak juga sudah mendapatkan kembali bekas pemain mereka – J.Partiban – dari pasukan Terengganu.

Partiban akan kembali menyarung jersi pasukan Perak pada musim hadapan. Beberapa pemain dijangka akan menyertai Perak dalam masa terdekat.

Tahniah kepada kesemua penerima pingat.

Source : Semuanya Bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.