Mbappe Yakin Pemain Perancis Akan Atasi Messi Dan Ronaldo Untuk Menang Ballon d’Or

Posted on 5 views
Pemain remaja sensasi PSG – Kylian Mbappe memberitahu AFP tidak menafikan status Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai pemain terhebat sepanjang zaman. Namun begitu Mbappe yakin bahawa Ballon d’Or 2018 tidak akan menjadi milik salah seorang daripada mereka.

Messi dan Ronaldo telah menguasai Ballon d’Or dalam 10 edisi terakhir.

Mbappe antara nama yang dijangka akan memberikan persaingan untuk anugerah tersebut  selepas berjaya membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018.  Beliau menjaringkan 4 gol dalam temasya tersebut.

Mbappe dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 2018.

Mbappe berkata: “Tidak seorang antara mereka [Messi atau Ronaldo] melakukannya lebih baik buat masa ini. Namun kita tak boleh menyatakan ini menandakan berakhirnya era mereka – hanya kerana buat masa ini ada pemain lain yang lebih baik daripada mereka untuk memenangi anugerah itu.”

“Saya berpendapat, salah seorang daripada Messi atau Ronaldo tidak akan memenangi Ballon d’Or tahun ini kerana prestasi mereka di Piala Dunia lalu – ia salah satu perkara yang akan mempengaruhi keputusan.”

Soccer Football – World Cup – Semi Final – France v Belgium – Saint Petersburg Stadium, Saint Petersburg, Russia – July 10, 2018 France’s Kylian Mbappe drinks water during the match REUTERS/Lee Smith

Namun beliau tidak mahu menafikan kehebatan 2 pemain tersebut. Ini apabila Messi menjadi penjaring terbanyak di Eropah pada musim lalu. Manakala Ronaldo menjadi penjaring terbanya dalam UCL untuk membantu Real Madrid menjulang piala tersebut.

Mbappe tidak mahu menyembunyikan harapannya untuk memenangi Ballon d’Or selepas pemain Perancis terakhir yang memenanginya ialah Zinedine Zidane – selepas membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018.

“Secara kasarnya, saya memang berharap akan memenanginya [Ballon d’Or]. Ini kerana pasukan kami baru mencapai kejayaan besar. Tidak adil adalah perkataan yang agak keras untuk digunakan. Namun ianya sesuatu yang memalukan jika pemenang tahun ini bukan daripada pemain Perancis.”

“Kami telah mencipta sejarah dan pastinya indah untuk menerima habuan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.