Mawar Rashid Jelas Simbol Tangan Adalah Adat Thailand, Bukannya Sembah Berhala

Posted on 6 views
Genap setahun melayari bahtera rumah tangga, baru-baru ini suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob ada memuat naik beberapa foto ‘throwback’ ketika majlis bersiram yang diadakan sebelum mereka bernikah tahun lalu.

Namun, netizen membangkitkan pula isu dimana pasangan itu membuat tanda hormat dengan merapatkan kedua-dua belah tangan dan dilihat sudah seperti budaya agama lain yang menyembah berhala.

Mempunyai darah kacukan Thailand dimana ibunya berasal dari Chiang Mai, Mawar menjelaskan simbol tangan tersebut adalah adat masyarakat disana sebagai tanda untuk menghormati antara satu sama lain. Ia sudah lama diamalkan oleh mereka sekeluarga dan tidak menyalahi agama Islam.

Apa yang Mawar buat tu tak salah disisi agama kerana Mawar menghargai asal usul keturunan mak Mawar. Nenek, datuk, mak cik, pakcik Mawar pun masih ramai di Chiang Mai. Simbol tangan itu memang adat orang Thailand apabila memberi salam hormat. Biasalah, orang kita akan sentiasa mencari kesalahan orang lain.

Mawar mengakui beliau sedikit pun tidak kisah dengan kecaman netizen. Apa yang penting adalah niat sebenar didalam hati ketika melakukan sesuatu dan sering menjaga tingkah laku walau dimana pun beliau berada.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Source : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.