Malaysia Sedia Kejutkan Thailand Di Perlawanan Akhir

Posted on 5 views
Petang ini skuad futsal negara bakal membuat penghitungan dengan juara bertahan, Thailand untuk aksi final Kejuaraan Futsal AFF di Gelanggang Olahraga (GOR) Universitas Negeri Yogyakarta.

Walaupun Thailand berada di kelas yang berbeza dan memiliki kedudukan ranking yang lebih tinggi (18) berbanding skuad negara (52), itu tidak bermakna skuad kendalian Chiew Chun Yong ini akan menyerah kalah dengan mudah.

Perlawanan menentang Thailand itu turut memaksa Chun Yong memikirkan taktikal yang lebih kemas dan berbeza berbanding dengan apa yang sudah ditunjukkan dalam perlawanan sebelum ini.

“Saya perlu melakukan persediaan lebih rapi dan menggunakan strategi jauh lebih kemas untuk mengejutkan mereka. Pemain saya begitu bermotivasi tinggi untuk bertemu mereka selepas menunjukkan semangat tidak mudah menyerah kalah pada aksi separuh akhir semalam.

“Secara teknikal dan pengalaman, sememangnya Thailand memiliki kelebihan kerana mereka sudah beraksi di pentas lebih tinggi iaitu Piala Dunia. Namun dengan taktikal dan strategi yang betul, saya optimis kita mampu menewaskan Thailand,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian. 

Skuad Negara

Barisan jurulatih dan pemain futsal negara. FOTO: FAM

Malaysia menempah tiket ke final buat kali kedua berturut-turut apabila menundukkan Vietnam 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti susulan terikat 2-2 manakala Thailand terpaksa berhempas pulas menewaskan tuan rumah, Indonesia 3-2 selepas masa tambahan.

Ketika aksi final edisi 2017 di Vietnam, Thailand mengecewakan skuad negara menerusi kemenangan tipis 4-3 selepas masa tambahan sekaligus menambah kejuaraan buat kali ke-13.

“Saya sudah katakan kepada pemain saya bahawa inilah masanya yang terbaik untuk mencipta sejarah menjulang gelaran ini. Kita hberjaya memberi saingan sengit ke atas Thailand dan hampir memenanginya tahun lalu .

“Apa yang penting, pemain dapat mengikuti arahan dan perancangan yang sudah disusun. Kekuatan mental juga akan memainkan peranan yang penting khususnya apabila berdepan pasukan seperti Thailand,” katanya.

Foto: Vietnam Futsal Team

Sementara itu, kapten skuad negara, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin tidak sabar turun ke gelanggang untuk menentang Thailand serta memburu kejuaraan untuk dinobatkan sebagai ‘Raja Futsal Asia Tenggara.’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.