Liverpool FC Bakal Dijual Dalam Masa Terdekat?

Posted on 4 views
Laporan akhbar daripada New york Post semalam mendedahkan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC sedang dijual secara senyap-senyap.

Pemilik Liverpool, John W Henry dilaporkan sedang mempersiapkan segala urusan untuk menjual kelab bola sepak itu serta memberi ‘isyarat senyap’ bahawa dia bersedia melepaskan pegangannya dengan syarat menerima tawaran sehingga AS$2 bilion (RM8.35 juta).

Walaubagaimanapun, wakil daripada Liverpool FC menafikan laporan daripada New york Post tersebut sambil menyifatkan ia adalah satu pembohongan.

Henry membeli Liverpool menerusi Fenway Sports Group (FSG) pada 2010 dengan nilai AS$477 juta (RM1.99 bilion).

“Ia (Liverpool akan dijual jika dia (Henry) mendapat harga yang tepat,” kata sumber rapat hartawan itu kepada New York Post.

Pada Ogos lalu, Daily Mail melaporkan, sepupu pemilik Manchester City, Sheikh Mansour gagal dalam cubaan membeli Reds pada harga 2 bilion pound (RM10.88 bilion), biarpun pembelian itu mampu memahat sejarah sebagai urus niaga termahal dalam bola sepak.

Sehari selepas laporan itu tersiar, FSG mengeluarkan kenyataan: “FSG dengan jelas dan konsisten tidak akan menjual kelab ini.

“Begitupun seperti yang terkandung dalam syarat pemilikan, kami akan pertimbangkan sebarang tawaran untuk pelabur minoriti jika perkongsian itu dapat meningkatkan kepentingan komersial dalam pasaran tertentu serta selaras dengan pembangunan kelab.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.