Letak Jawatan dengan Linangan Air Mata Pun Kena Kecam ~ Bulletin Media

Posted on 3 views

Letak Jawatan dengan Linangan Air Mata Pun Kena Kecam

Letak Jawatan dengan Linangan Air Mata Pun Kena Kecam
Letak Jawatan dengan Linangan Air Mata Pun Kena Kecam

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengumumkan perletakan jawatannya hari ini, selepas memegang tampuk pentadbiran badan induk itu sejak 21 Julai lalu.Perkara itu diumumkan olehnya di Pejabat PAFA selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif Pafa di pejabat Pafa hari ini.

ARTIKEL MENARIK: “Kakitangan Silap Tempah”, MFL Jawab Kritikan Netizen Isu Trofi ‘Kartun’ Anugerah Bola Sepak Kebangsaan


Jelas Hansul keputusan muktamad itu diputuskannya setelah mengambil kira fokus yang lebih besar dalam kerjaya sebagai pemimpin kerajaan negeri serta politiknya sendiri malah mengakui tidak berhadapan dengan desakan mana-mana pihak untuk bertindak sedemikian.“Pengalaman ini adalah satu yang sukar diperolehi, cuma saya fikirkan perlu melakukan sesuatu dan menilainya sebaik mungkin, seminggu dua ini penumpuan kerja saya sedikit terganggu.

“Namun sukan ini perlu diteruskan dengan suasana lebih sihat tiada unsur-unsur menyakiti pihak lain dan saya tegaskan kami yang menerajui Pafa sama sekali tidak mempunyai kepentingan peribadi,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi pada satu sidang media pertama beliau mengakui misi pertama dirinya selepas bergelar Presiden Pafa adalah untuk membawa Perak ke peringkat akhir Piala malaysia dan disifatkannya telah berjaya dilaksanakan iaitu membawa pulang kemenangan selepas 18 tahun.

Jelas Hasnul keputusan itu bukan keseluruhnya kerana desakan peminat sebaliknya setelah mengambil kira kerjaya kepimpinan dan politiknya yang perlu diberikan perhatian dan terus dipelajarinya.

“Surat perletakan jawatan akan saya serahkan dalam masa terdekat dan pengganti terpulang kepada pihak exco memutuskannya,” katanya.

Julai lalu, Adun Titi Serong itu menang tanpa bertanding pada Kongres Pafa ke-60 bagi jawatan presiden sesi 2018-2021 menggantikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Tugas presiden akan dipangku Timbalan Presiden Pafa yang juga pengurus pasukan bola sepak Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah.

Perak membawa pulang Piala Malaysia 2018 setelah muncul juara, apabila menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-1 menerusi penentuan penalti dalam aksi final di Stadium Shah Alam 27 Oktober lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.