Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan ~ Bulletin Media

Posted on 6 views

Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan

Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan
Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan

Kerana itulah Allah SWT berfirman :

“Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetap di atas kesabaran.” (Al-Asr : 1-3)

Oleh yang demikian, pelancongan yang tidak mempunyai matlamat, musafir tanpa tujuan adalah diharamkan serta ditolak oleh agama kerana menyebabkan manusia terlepas peluang untuk beramal soleh dan mengumpul pahala bagi menghadapi pengadilan Allah di hari Akhirat.

ARTIKEL MENARIK: Wanita Hamil Curah Air Panas Ke Muka Bekas Suami Yang Merogolnya

Bentuk pelancongan atau lawatan yang ditolak oleh agama ialah seperti melawati tempat-tempat maksiat, tempat-tempak rekreasi atau perlancongan yang tidak memberikan faedah kepada agama, diri dan keluarga sebaliknya hanya mendatangkan mudharat, suka-suka dan sia-sia. Alasan untuk bertangkap gambar, seronok-seronok adalah tidak dibenarkan, membazir dan membuang masa serta sumber yang boleh dimanfaatkan kepada perkara yang lebih bermanfaat.

Selain itu, antara jenis perlancongan yang diharamkan oleh Islam ialah melancong ke tempat-tempat kaum yang dimurkai oleh Allah SWT seperti yang kerap dilakukan oleh sebahagian orang ramai di Laut Mati, Jordan.Firman Allah SWT : “Dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah). Maka apakah mereka tidak mendengar?” (As-Sajdah : 26)

Lajnah Fatwa Tetap Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa bahawa melawat kawasan kaum yang pernah diazab oleh Allah SWT seperti kaum yang telah ditelan bumi atau dimusnahkan akibat kekufuran mereka adalah haram bagi umat Islam untuk berjalan-jalan atau melancong padanya.

Pada zaman Rasulullah SAW, baginda pernah pergi ke tempat seperti itu ketika baginda hendak berangkat ke Tabuk pada tahun kesembilan hijrah. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar ra yang telah berkata: “Rasulullah SAW ketika berada di Hijr (daerah kaum Thamud), maka baginda pernah bersabda:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.