“Kritikan Dari Mereka, Langsung Tidak Menjejaskan Kehidupan Saya”

Posted on 4 views
Dihujani dengan kritikan dari pelbagai pihak yang menyebut gaya permainan Mesut Özil semakin mengecewakan, sangat teruk dan tidak menarik untuk disaksikan tidak pernah meresap ke jiwa bintang Arsenal itu.

Menurut Özil, beliau langsung tidak akan ambil pusing mengenai kritikan keatasnya kerana sebagai pemain, dirinya tidak perlu melayan kerenah orang sekeliling sebaliknya meneruskan usaha dan memperbaiki kekuranga.

“Saya tahu ada orang di luar sana yang menyukai saya, namun ada juga orang yang tidak menyukai saya.”

“Ini adalah lumrah dalam kehidupan,” ujarnya seperti dilaporkan Daily Mail.

“Tetapi bagi saya, yang penting adalah apa yang dikatakan mereka yang berada di sekeliling saya, tidak pernah saya ambil peduli tentang perkara yang lebih dari itu”

“Saya juga sudah terbiasa dengan semua ini kerana tidak semua yang kita lakukan akan memuaskan hati semua pihak.”

“Apa pun, kritikan ini tidak akan mempengaruhi saya,” katanya.

Hanya orang terdekat

Menurut Özil, beliau hanya akan mendengar apa yang diperkatakan dari orang terdekat dalam kehidupannya seperti keluarga, sahabat atau jurulatih.

“Sekiranya jurulatih, atau orang dalam kehidupan saya yang berkata kepada saya: ‘kamu perlu melakukan ini, atau perlu melakukan itu’ maka saya akan mendengarnya,” katanya.

“Saya akan ambil peduli apa yang dikatakan mereka dan kemudian saya akan cuba untuk melakukannya.”

LONDON, ENGLAND – AUGUST 12: Unai Emery, Manager of Arsenal speaks with Mesut Ozil of Arsenal during the Premier League match between Arsenal FC and Manchester City at Emirates Stadium on August 12, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Tetapi jika orang lain, saya mungkin tidak menghiraukan ianya sama sekali. Saya katakan lagi, kritikan dari mereka benar-benar tidak menjejaskan saya”

Tambah Özil,”Secara peribadi, semuanya berjalan dengan baik tetapi itu tidak bermakna untuk saya terus berhenti bermain bola.”

Sepanjang kariernya, Özil telah berjaya memenangi pelbagai trofi kejuaraan.

Antaranya ialah gelaran La Liga bersama Real Madrid, DFB Pokal dengan Werder Bremen dan Piala FA bersama Arsenal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.