Kpoppers Puji Sarah Suhairi di LAZADA 11.11 SUPER SHOW

Posted on 9 views

Dengan diiringi oleh beberapa orang penyanyi, juara BIG STAGE musim pertama Sarah Suhairi memberikan persembahan terbaik di LAZADA 11.11 SUPER SHOW yang diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil semalam.

Ternyata ia memukau dengan gaya dan kebolehan Sarah menyanyikan lagu Korea nyanyian asal kumpulan Blackpink iaitu ddu du ddu du. Mungkin persembahan ini sempena dengan kedatangan Blackpink ke Malaysia untuk konsert sulungnya di sini tak lama lagi.

Tepukan paling gemuruh oleh semua penonton diberikan sejurus selepas persembahan Sarah Suhairi. Pada malam itu, ramai Kpoppers datang untuk melihat persembahan kumpulan dari Korea iaitu KARD. Rata-rata mereka ada yang sudah mengenali Sarah Suhairi gara-gara video penyanyi remaja ini tular kerana menyanyikan lagu Korea di Konsert BIG STAGE.

Sarah Suhairi telah pun melancarkan muzik video single terbaru berjudul RAGA & NYAWA di saluran Youtube. Single ini juga berkonsepkan muzik kpop. Sekaligus Sarah Suhairi turut mendapat sokongan daripada Kpoppers dari Malaysia. Strategi yang baik untuk karier beliau.

You may also like