Khalid Jamlus Mahu Hasnul Zulkarnain Terus Kekal Sebagai Presiden PAFA

Posted on 4 views
Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden persatuan itu.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat Hasnul pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PAFA, namun beliau masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.

Keputusan itu dibuat untuk memberikan tumpuan terhadap tugas politiknya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong.

Beliau juga tidak menafikan keputusan dibuatnya itu juga atas faktor menjadi mangsa buli siber apabila laman Facebooknya diserang dengan pelbagai komen netizen selepas berlakunya isu bergambar dengan trofi Piala Malaysia secara tidak senonoh beberapa hari lalu.

Bekas penyerang skuad kebangsaan yang juga pemain legenda Perak, Khalid Jamlus meluahkan rasa kekecewaan beliau di laman facebooknya sambil menyatakan beliau tidak setuju dengan perbuatan Presiden PAFA tersebut dan berpendapat penyokong Perak tidak sepatutnya membesarkan isu tersebut.

“Sejujurnya, saya tidak pernah mengenali siapa presiden pafa apatah lagi latar belakang beliau dan saya tidak tahu pun beliau ialah seorang YB merangkap exco kerajaan negeri perak.

“Sehinggalah berita ini tular dan menjadi bualan bukan sahaja oleh fans perak, malah 1 malaysia turut mengecam tindakan beliau. Pelbagai kecaman, makian dilemparkan terhadap beliau.

“Akhirnya pada hari ini (semalam), beliau mengalah dan meletakkan jawatan beliau selaku presiden pafa. Ikhlas di lubuk hati saya, selaku bekas pemain, saya memuji beberapa langkah beliau ketika mengendalikan perak fa tetapi pada masa yang sama saya tidak bersetuju atas apa yang beliau lakukan terhadap piala keramat itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Assalamualaikum salam sejahtera buat semua teman2. Ini kali pertama saya menulis berkenaan kemelut presiden PAFA…

Posted by -Khalid Jamlus- on Thursday, November 8, 2018

Malah, Khalid yang pernah membantu Perak menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2000 menyeru Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal Dato’ Azumu agar masuk campur mempertimbangkan semula perletakan jawatan Hasnul Zulkarnain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.