KFA Harap Akhyar Rashid Bersikap Professional

Posted on 2 views
Khabar angin mengenai penghijrahan bintang mudah Kedah, Akhyar Rashid ke pasukan lain semakin kuat kedengaran apabila sebuah akhbar tempatan, Harian Metro semalam mendedahkan beliau sudah menerima lamaran daripada skuad juara Liga Super 2018, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bagaimanapun sumber daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengharapkan pemainnya itu bersikap professional dengan hadir berbincang kerana beliau masih mempunyai baki kontrak sehingga tahun 2019.

“Kita perlu saling hormat menghormati kerana dia dan KFA masih terikat dengan satu tahun kontrak lagi sehingga 2019.

“Kita berharap dia hadir berjumpa kita dan selesaikan segala perancangan kerana kita yang bentuk dia dan tak akan kita nak lepaskan dia begitu sahaja.

“Jadi kalau betul ada tawaran, kena lah bersikap professional dan datang bincang, dedek dengan kita dan bawa surat dari kelab mana yang buat tawaran.” kata sumber dalaman KFA.

Petikan laporan daripada Harian Metro semalam.

Walaubagaimanapun, wakil daripada pihak Akhyar menjelaskan mereka sudah mengadakan pertemuan kali pertama dengan KFA bagi menyatakan hasrat berkaitan tawaran yang diterimanya itu.

“Akhyar tetap menghormati kontrak yang masih ada dan sudah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan KFA bagi menyatakan hasrat berkaitan tawaran, namun diberi tempoh memikirkan perkara itu sebelum rundingan seterusnya.

“Akhyar sedang fokus bersama skuad kebangsaan dan selepas pulang nanti dia akan meneruskan perbincangan berkaitan tawaran yang diterimanya,” kata sumber terbabit.

Penyerang skuad bawah 23 tahun itu kini sedang bersama skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala Suzuki AFF 2018 yang bermula sejak kelmarin.

Malaysia memulakan dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Kemboja 1-0 di Stadium Olimpik Pnomh Penh sekaligus mengutip 3 mata penuh. Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu bakal bertemua Laos untuk aksi kedua peringkat kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari isnin ini.

Source : Semuanya Bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.