Kashima Antlers Cipta Sejarah Gemilang, Julang Liga Juara-Juara Asia 2018

Posted on 5 views
Kashima Antlers akhirnya berjaya melengkapkan sejarah gemilang mereka dengan menjuarai Liga Juara-Juara Asia ataupun ACL 2018. Pasukan yang sudah dikenali ramai di Asia ini menjulang ACL buat julung kalinya dalam sejarah kelab mereka.

Kasihma berkunjung Stadium Azadi di Tehran untuk menentang Persepolis dalam final ke-2 – dalam format timbal balik. Perlawanan berakhir 0-0. Kashima Antlers menjuarai ACL 2018 selepas membawa agregat 2-0 daripada perlawanan pertama.

Lawan mereka bukannya mudah. Persepoli masih tak tewas di tempat sendiri di ACL sejak Mei 2012. Stadium Azadi dipenuhi 63,763 orang penyokong. Jumlah kehadiran penyokong semalam telah memecahkan rekod yang dipegang ketika perlawanan di antara Al Hilal menentang Sydney Wanderers pada 2014.

Kashima Antlers tidak mahu hanya bertahan walaupun sudah mendahului dengan kelebihan agregat 2 gol. Mereka bermain seperti biasa di dalam perlawanan ini dengan pendekatan menyerang.

Pasukan dari Jepun itu hampir sahaja di hadapan menerusi Shoma Doi yang menerima hantaran Yuma Suzuki pada minit ke-14. Kashima Antlers menjadi pasukan yang lebih dominan dari segi penguasaan bola.

Persepolis kelihatan sukar untuk memecahkan pertahanan Kashima Antlers. Persepolis kemudian memperbaiki rentak mereka dengan beberapa siri percubaan. Pada fasa akhir perlawanan Kashima Antlers menurunkan tempo perlawanan mereka dan cuba bertahan.

Kashima Antlers berhasil melakukannya dan mereka menjuarai ACL 2018.

Yuma Suzuki dipiliha sebagai Pemain Paling Bernilai untuk edisi kali ini.

Ini adalah kejayaan 2 tahun berturut-turut pasukan dari Jepun selepas Urawa Red Diamond menjuarainya pada 2017. Ternyata kelab dari Jepun masih memiliki aura yang kuat di persada bola sepak Asia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.