Kapten Kipre Tcetche Kekal Bersama Terengganu Untuk Musim 2019

Posted on 6 views
Terengganu FC mengesahkan Kipre Tcetche kekal meyarung jersi Terengganu pada musim hadapan. Pemain ini dikaitkan dengan banyak pasukan termasuk dari dalam dan luar Malaysia – selepas kontrak beliau bersama Terengganu berakhir – serta aksi cemerlangnya musim 2018.

Berita ini sKipre Tcetcheekaligus memberikan kelegaan kepada penyokong Terengganu. Ini kerana Kipre merupakan pemain penting pasukan mereka. Beliau juga merupakan kapten pasukan Terengganu.

Terengganu FC menyatakan: “Kami ingin mengumumkan secara rasmi, ketua pasukan TFC, Kipre Tchetche akan terus mengetuai jentera serangan pasukan kendalian Irfan Bakti untuk musim 2019.”

“Kipre telahpun selesai menandatangani kontrak untuk terus bersama TFC walaupun mendapat pelbagai tawaran lumayan dari dalam dan luar Malaysia.”

“Kipre telah menunjukkan semangat kesetian bersama pasukan dan amat menyayangi penyokong TFC yang tidak habis-habis memberikan sokongan kepadanya selama beliau berada bersama pasukan ini! Terima kasih Kipre! See you soon Captain.”

Kipre menjadi nadi penting Terengganu dalam membantu pasukan itu mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018. Berita ini mengesahkan kenyataan Kipre sebelum ini yang memberikan jaminan beliau akan kembali dan kekal bersama skuad Terengganu.

Dipetik daripada instagram beliau, Kipre berkata:”Ada orang menyatakan saya akan meninggalkan pasukan Terengganu FC, dah pastinya saya tak akan meninggalkan pasukan ini musim hadapan.”

“Cuma, ketika ini saya hanya menikmati percutian saya. Saya sayangkan kamu semua [penyokong Terengganu]. Dan jangan risau [kerana] Kipre Tchetche akan kembali ke Terengganu untuk musim hadapan. Peteh Terengganu Peteh.”

Berita ini disambut gembira oleh penyokong Terengganu selepas dikejutkan dengan pemergian Faiz Nasir ke Melaka United. Irfan Bakti sebelum ini menyatakan bahawa memang ada beberapa pemain mereka terpaksa dilepaskan kerana minat daripada pasukan lain dan pemain tersebut memilih untuk pergi.

Irfan Bakti terbuka dalam keadaan tersebut dan beliau tak hairan pemain Terengganu menjadi perhatian kelab lain. Ini selepas aksi cemerlang para pemainnya musim 2018 terutama sekali dalam kempen Piala Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.