“Kalau Macam Ni Matikan Watak Husein,”- Datuk Awie Kecewa Dengan Penerbit Hantu Kak Limah, Dah Kenapa?

Posted on 6 views
Pelakon utama filem Hantu Kak Limah (HKL) Datuk Awie meluahkan rasa terkilan dengan wang bonus yang diterima daripada pihak penerbit meskipun menerima jumlah kutipan mencecah RM 38 juta.

Menurut Awie, wang bonus yang diberikan seolah-olah seperti tidak menghargai usaha pelakon dan sumbangan pekerja belakang tabir filem itu.

“Saya nak sebut pun malu. Bukan saya je terkilan pelakon-pelakon dan krew juga merasakan perkara yang sama. Ini adalah first and the last saya berkerja dengan penerbit tersebut.

“Saya tak kisah kalau penerbit tersebut orang luar, tapi secara logiknya adakah sebegitu dia menilai artis tempatan. Saya tak hadap pun dengan syarikat ni tapi saya mahu memperjuangkan hak-hak artis kita ketika ini.

“Kalau kita berharap kepada penerbit daripada pihak luar, inilah yang akan terjadi,” katanya ketika ditemui di sidang media Dinner GIG 2018, di Tanera Hotel,Bangi pada Khamis.

Langsung ditanya bagaimanakan hubungannya dengan pengarah, Mamat Khalid, ini respon yang diberikan oleh pendukung utama filem HKL itu;

“Saya dengan Abang Mamat memang takda masalah. Bila-bila masaa saya boleh berkerja dengan dia.

“Tapi sekiranya dia mahu membuat sambungan filem ini, lebih baik dia cari penerbit lain atau matikan sahaja watak Husein,” katanya lagi.

Awie akan membuat penampilan istimewa di konsert Dinner GIG 2018 yang dianjurkan oleh Felda United Football Club (The Fighters) bersama ratu rock, Ella pada 7 Disember 2018.

 

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.