Ini Sebab Uli Hoeness Enggan Terima Kenyataan Bahawa Bayern Munich Kini Di Tempat Ke-3

Posted on 5 views
Sebelum sepak mula minggu ini, Bayern Munich berada di tangga ke-3 di belakang Borussia Dortmund dan Borussia Mochengladbach. Ini adalah kedudukan mereka ketika ini:

Berdasarkan peraturan semasa di Bundesliga – pelerai ikatan (Tie breaker) – untuk pasukan yang terikat mata adalah berdasarkan keutamaan berikut – mengikut keutamaan:

1. Perbezaan jaringan
2. Jumlah gol
3. Rekod pertemuan (head to head) dalam musim tersebut berdasarkan mata
4. Rekod gol daripada head to head dalam musim tersebut
5. Rekod gol tempat lawan daripada head to head dalam musim tersebut
6. Jumlah jaringan tempat lawan untuk satu musim

Jadi, keutamaan paling tinggi jika pasukan yang sama mata adalah perbezaan jaringan. Jika nombor 1 itu terikat barulah ditentukan berdasarkan pertimbangan nombor 2 dan berikutnya.

Dalam kedudukan semasa – Bayern Munich sama mata dengan Borussia Mochengladbach – namun Gladbach di atas mereka kerana perbezaan jaringan yang lebih baik iaitu 11 berbanding Bayern Munich yang hanya 7.

Bercakap kepada Sportchau, Uli Hoeness menyatakan pasukan mereka kini berada di tangga ke-2 dan bukannya Borussia Mochengladbach. Ini kerana menurut beliau, Bayern Munich pasukan yang lebih baik – berbanding Gladbach – walau apa sahaja jumlah perbezaan jaringannya sekarang.

Uli Hoeness berkata: “Setahu saya, pada ketika ini kami berada di tempat kedua.”

Wartawan kemudiannya menyampuk menyatakan: “Tetapi Gladbach berada di atas pasukan anda sekarang”

Hoeness dengan serius menjawab: “Adakah mereka memiliki mata yang lebih banyak daripada kami? – Tidak bukan? – Jadi saya tak kisah pun pasal perbezaan jaringan.”

Kenyataan Uli Hoeness itu mendapat kritikan dan digelakkan oleh netizen. Ada yang menganggap Hoeness sebagai gambaran sebenar kepada pengurusan Bayern Munich yang semakin hilang karakter. Mereka semakin melatah apabila berada di bawah pasukan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.