Ibu maut selepas melindungi anaknya dari letupan skuter elektrik ~ Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat

Posted on 6 views

Malang tak berbau, sebuah motosikal skuter jenis elektrik yang ditinggalkan dalam keadaan dicas di depan pangsapuri terbakar dan meletup. Dalam masa yang sama, seorang wanita cuba melindungi anaknya yang berusia lima tahun, dengan memeluk si kecil itu. 

Sebelum kejadian, dua beranak itu sedang berjalan di taman berhampiran kediaman mereka di Liaoning, China, pada 3 November lalu. 

Penduduk yang menyaksi kejadian itu segera menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan. Pasukan paramedik yang tiba di tempat kejadian segera menghantar kedua-dua mangsa ke hospital. 

Bagaimanapun, si ibu yang berusia 34 tahun itu meninggal dunia dalam perjalanan, akibat kecederaan parah yang dialaminya. 

Sementara itu, anaknya yang masih hidup dipindahkan ke beberapa buah hospital lain pada hari yag sama demi menyelamatkannya yang melecuh seluruh badan, malah turut hilang penglihatan akibat dari letupan tersebut. 

Setelah empat hari bertarung nyawa dengan segala usaha diberikan oleh doktor, kanak-kanak itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir. 

Polis kini sedang menyiasat kejadian itu yang dipercayai berpunca dari masalah bateri kenderaan tersebut. 

from The Reporter https://ift.tt/2POBN1F
via IFTTT

Source : Cerita Terkini Sensasi dan Tepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.