Hirving Lozano Simpan Impian Besar Beraksi Dalam Saingan Liga Perdana Inggeris

Posted on 2 views
Beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang sudah terbukti begitu popular di mata peminat bola sepak dunia pasti menjadi impian setiap pemain.

Ia tidak terkecuali buat pemain sayap PSV Eindhoven, Hirving Lozano yang memasang impian menggunung untuk beraksi di England.

Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris, ketika jendela perpindahan musim panas 2017, sebaliknya memilih untuk ke Belanda menyertai PSV.

”Saya berharap pada Tuhan, satu hari nanti, memberikan peluang buat saya beraksi di Liga Perdana Inggeris, saya sangat menyukainya,” ujar Lozano selepas perlawanan yang menyaksikan PSV tunduk 2-1 ditangan Tottenham Hotspur.

”Saya merasakan Liga Perdana Inggeris adalah hebat. Ia akan menjadi sangat hebat dapat beraksi di mana-mana kelab, tetapi saya suka untuk bermain dengan salah satu kelab besar.”

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 06: Hirving Lozano of PSV Eindhoven is tackled by Heung-Min Son of Tottenham Hotspur during the Group B match of the UEFA Champions League between Tottenham Hotspur and PSV at Wembley Stadium on November 6, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

”Saya mengharapkan agar Tuhan memberikan saya peluang ini.”

Lozano sempat merasai pengalaman beraksi kelab Liga Perdana Inggeris apabila PSV diletakkan satu kumpulan bersama-sama Tottenham Hotspur dalam saingan kumpulan B Liga Juara-Juara Eropah.

Selepas berjaya mengikat skuad bimbingan Mauricio Pochettino 2-2 di laman sendiri, dimana pemain antarabangsa Mexico itu turut berjaya mencipta satu jaringan, PSV tewas 2-1 pada perlawanan yang berlangsung kelmarin di Stadium Wembley.

Kekalahan yang sekaligus semakin menutup ruang buat PSV untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati saingan berprestij Eropah itu.

Dengan kualiti yang dimiliki serta baru berusia 23 tahun, tidak mustahil Hirving Lozano dapat merasai pengalaman menyarung jersi kelab besar dalam saingan Liga Perdana Inggeris satu hari nanti.

 

Source : Semuanya Bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.