Farid Kamil Buka Mulut Tentang Bagaimana Dia Dibayar Untuk Maafkan Najib Razak dan Rosmah ~ Bulletin Media

Posted on 6 views

Farid Kamil Buka Mulut Tentang Bagaimana Dia Dibayar Untuk Maafkan Najib Razak dan Rosmah

Farid Kamil Buka Mulut Tentang Bagaimana Dia Dibayar Untuk Maafkan Najib Razak dan Rosmah
Farid Kamil Buka Mulut Tentang Bagaimana Dia Dibayar Untuk Maafkan Najib Razak dan Rosmah

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Presiden Pertubuhan Pemantau Malaysia Baru, Dato Nor Lokman Adam hari ini membuat laporan polis terhadap pelakon Dato Farid Kamil berhubung dakwaannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba memberikan sogokan sebanyak RM 5 juta kepada dirinya bagi memaafkan Dato Seri Najib Tun Razak dan Datin Sri Paduka Rosmah Mansor.Menurut Lokman, laporan polis ini dibuat memandangkan pelakon tersebut gagal melaporkan cubaan untuk merasuah dirinya yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

ARTIKEL MENARIK: ‘Tak dapat pun pahala free, dapat dosa menipu’ – PU Rahmat Ikhsan


“Berdasarkan kenyataan Dato Farid Kamil ini, jelas terbukti, beliau telah gagal melaporkan cubaan merasuah dirinya. Kegagalan beliau melaporkan perkara yang berlaku lebih setengah tahun lalu merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009.“Sekiranya disabitkan bersalah, Farid boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tidak ada sebab mengapa Farid Kamil tidak melaporkan perbuatan tersebut melainkan kenyataan tersebut hanya direka bagi merosakkan imej Mantan Perdana Menteri dan Isteri beliau.

“Tiada timbul istilah takut kerana akta perlindungan saksi wujud ketika kejadian dikatakan berlaku dan dia boleh memohon perlindungan saksi,” tegasnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Lokman selain itu turut mengesyaki bahawa kenyataan yang dibuat oleh pelakon itu adalah satu penipuan, memandangkan beliau pernah membuat kenyataan yang meragukan kononnya beliau dianiaya oleh dua individu dari kumpulan kongsi gelap berhubung penangkapan beliau kerana terlibat dengan dadah.

“Dan hari ini, beliau menuduh Dato Sri Najib dan Datin Sri Rosmah pula yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku terhadap dirinya. Perkara ini perlu disiasat oleh pihak polis supaya rakyat mengetahui kenyataan mana yang benar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.