DSPEX FC Pacu Langkah Untuk Jadi Pendahulu Liga

Posted on 3 views
Kancah Terengganu Amateur League (TAL2018) kini memasuki minggu ke-6.

Sudah melepasi fasa separuh perjalanan liga, kita sudah boleh lihat kedudukan liga sudah mula ada jurang antara pasukan atasan dan bawahan liga.

Liga Super

Pesta gol terhasil dalam aksi paling menghiburkan untuk Liga Super melibatkan FC Pemanis dan juga Island FC.

Meroslee Kumbong meletakkan FC Pemanis di hadapan pada minit ke-33 sebelum disamakan oleh Amirul Talib 10 minit kemudian.

Separuh masa kedua menyaksikan Wan Azrul meletakkan Island FC di hadapan 2 minit selepas separuh masa kedua bermula.

Posted by Terengganu Amateur League on Tuesday, November 6, 2018

Faiz Hashim kemudiannya melebarkan penguasaan Island FC dengan jaringan 3 minit selepas itu.

Namun FC Pemanis tidak mahu mengalah apabila mereka menjaringkan 2 gol dalam masa 3 minit di fasa akhir permainan.

Amirul Aiman mengurangkan defisit gol sebelum Ismail Ahmad melengkapkan kebangkitan FC Pemanis dengan gol pada minit ke-76.

Sementara itu, Gemuda FC membelasah Ayahanda FC dengan keputusan 4-1.

Amir Azli memberikan permulaan yang baik untuk Ayahanda FC dengan gol pada minit ke-6.

Namun selepas itu semuanya menjadi milik Gemuda FC apabila Ajmain Ali mula menyamakan kedudukan pada minit ke-35.

Muhammad Juzairie meletakkan Gemuda FC di hadapan dengan gol pada minit ke-35.

Shahiddin Manjur turut menyengat dengan 2 jaringan di separuh masa kedua pada minit ke-56 dan juga minit ke-80.

Berikut merupakan 3 lagi keputusan untuk aksi Liga Super:

  • BTK FC 2-3 MD Besut (Khairul Azri 8′, Hakimi Mazlan 51’/Shawal Yamin 2′, Syahid Azrai 32′, Almuhadim Roslan 53′)
  • Real Chukai 2-0 PBSMT-Lenjerket (Syed Sobri 17′, Muslihuddin Atiq 33′)
  • CND FC 0-1 Kebilal-KKTRWT (Azizi Sulong 24′)

Liga Perdana

Seperti Liga Super, aksi Liga Perdana juga menyaksikan banyak jaringan terhasil di satu-satu perlawanan.

Sebagai contoh, DSPEX FC mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas Real Grebar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.