Diana Amir Selamat Lahirkan Anak Ke-3, Dapat Anak Lelaki, Tahniah!

Posted on 2 views
Pelakon, Diana Amir mengumumkan dia selamat melahirkan anak ketiganya, awal pagi tadi

Dia berbuat demikian menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi.

“SubhanAllah alhamdulillah , diana terharu dengan doa2 drp semua, drp awal pregnancy sampailah selamat melahirkan pg td.

“Terima kasih banyak2, semoga Allah pulangkan kebaikan kpd awak2 semua.

“Ikutkan due date ari isnin tapi Allah nak bg anugerah awal and actually, mmg diana doa utk sakit contraction yg amat sgt, then akan cepat je dpt lahirkan baby..

“After 5 mins masuk labour room baby dah keluar,thanks syg bekerjasama dgn mummy td.

“Thanks juga kat doktor2 and nurses yg comel2 and baik2 kat @hospitalumra . my 3rd baby kat hosp umra dan sentiasa boleh bergantung pd professionalism and friendliness mereka.

“Diana doakan yg belum dikurnia zuriat , akan memperoleh rezeki yang terbaik dariNya, pengikat kasih sayang suami isteri dan mampu menjadi saham di akhirat kelak, Amin!

“Kpd yg bakal melahirkan, u can do it!!!!! Pasti Allah tidak sia2kan kesabaran menanggung kesakitan.

“Syukur diberi peluang untuk menghapus dosa2 dgn cara yg indah.

“Doakan baby boy Diana sihat, soleh, handsome, disayangi @khawlah_khadija diorg belum jumpa lagi adik diorg ni hahahaaa! #mummynervous .

“Yayy!! Alhamdulillah part paling scary (bersalin) dah settle, now panda eye and pantang mode on!,” tulisnya.

Sebelum ini, Diana dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Khaulah Al-Azwar dan Khadija Azzehra.

Foto/Instagram: Diana Amir

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.