Cubaan Sajat Untuk Ceriakan DS Aliff Syukri, Berjaya Ke Tidak?

Posted on 3 views
Nampaknya, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri masih bersedih dengan kontroversi yang melanda dirinya, baru-baru ini.

Susulan itu, sebagai seorang rakan baik Aliff, Nur Sajat cuba untuk memberikan kata-kata semangat buat penyanyi lagu Bobo Di Mana itu.

Usaha Sajat itu kemudian dikongsi menerusi sebuah video di laman Instagram Aliff, semalam.

“Bila sizuka saya sampai @nursajat02 tqq awak,” tulisnya di kapsyen.

Berikutan itu, kelihatan ramai peminat yang turut sama memberikan kata-kata semangat kepada Aliff. Kebanyakannya meminta agar usahawan itu tidak mengendahkan kata-kata keji ‘makcik bawang’.

Dalam pada itu, ada juga yang terhibur dengan percubaan Sajat untuk menceriakan hari Aliff itu.

Sebelum ini, Aliff menerima kecaman hebat setelah dia ‘terlepas cakap’ dalam satu program baru-baru ini. Bagaimanapun, dia telah pun meminta maaf secara terbuka dan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

Foto/Instagram: Aliff Syukri

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.