Chelsea Layak Ke Pusingan Kalah Mati, Kecederaan Welbeck Bayangi Langkah Arsenal

Posted on 3 views
Arsenal layak ke pusingan 32 pasukan terbaik di pertandingan UEFA Europa League, namun langkah skuad bimbingan Unai Emery turut dibayangi kecederaan yang menimpa Danny Welbeck.

The Gunners diikat tanpa jaringan oleh Sporting Lisbon dari Portugal di Stadium Emirates, namun keputusan itu sudah memadai untuk memastikan mereka bersama-sama Chelsea melangkah ke pusingan seterusnya.

Arsenal’s Danny Welbeck reacts in pain during the UEFA Europa League, Group E match at the Emirates Stadium, London. (Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

Sporting menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila bekas pemain pertahanan Barcelona, Jeremy Mathieu dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Pierre-Emerick Aubameyang yang berjaya meloloskan diri untuk berhadapan hanya dengan penjaga gol.

Welbeck terpaksa diusung keluar pada minit ke-25 perlawanan kerana mengalami kecederaan buku lali selepas perebutan bola tinggi.

. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Bekas penyerang Manchester United berusia 27 tahun itu menerima bantuan oksigen ketika berada di atas padang tatkala 10 pegawai perubatan cuba memberikan rawatan sebelum pemain itu dikeluarkan.

Beberapa pemain Arsenal turut kelihatan terkesan dengan kecederaan yang menimpa rakan sepasukan mereka itu.

. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Sementara itu Maurizio Sarri melabel Olivier Giroud sebagai pemain yang amat penting, selepas pemain itu menjaringkan gol pertama beliau sejak Mei lalu untuk memastikan Chelsea turut melangkah ke pusingan setertusnya.

Gol tunggal oleh Giroud memastikan Chelsea menang 1-0 ke atas BATE Borisov di arena lawan.

Chelsea’s French striker Olivier Giroud celebrates after scoring a goal during the UEFA Europa League group L football match between FC BATE Borisov and Chelsea FC in Borisov outside Minsk on November 8, 2018. (Photo by Kirill KUDRYAVTSEV / AFP) (Photo credit should read KIRILL KUDRYAVTSEV/AFP/Getty Images)

Penyerang antarabangsa Perancis itu belum menemui sentuhan penyudah sejak ketibaan Sarri, menanduk masuk hantaran lintang Emerson di near post pada awal babak kedua perlawanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.