Boy Tiger Dan Isteri Diburu Bantu Siasatan Kes Dera Kanak-kanak Lelaki Hingga Mati.. ~ Bulletin Media

Posted on 5 views

Boy Tiger Dan Isteri Diburu Bantu Siasatan Kes Dera Kanak-kanak Lelaki Hingga Mati..

Boy Tiger Dan Isteri Diburu Bantu Siasatan Kes Dera Kanak-kanak Lelaki Hingga Mati..
Boy Tiger Dan Isteri Diburu Bantu Siasatan Kes Dera Kanak-kanak Lelaki Hingga Mati..

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia di Hospital Ampang semalam dipercayai akibat didera bagi membantu siasatan.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ibu kandung mangsa, Noraini Samian, 20, dan bapa tiri kanak-kanak lelaki berkenaan, Khairul Ezaini Khairuddin, 31, diminta tampil ke balai polis berhampiran.

ARTIKEL MENARIK: Budak 3 tahun maut didera bapa tiri


“Kedua-dua mereka telah menghilangkan diri dengan menaiki sebuah motosikal Yamaha 125z berwarna kuning selepas menghantar kanak-kanak lelaki itu yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ke hospital berkenaan.“Bapa tiri mangsa dikenali dengan panggilan ‘Boy Tiger’ dan polis sedang mengesan kedua-duanya bagi membantu siasatan,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, kanak-kanak lelaki berkenaan dihantar oleh ibu kandung dan bapa tirinya ke hospital berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari
semalam.


Katanya, mangsa yang mempunyai kesan lebam dan luka di beberapa bahagian badan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dihantar ke hospital berkenaan.“Doktor yang merawat mangsa mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan laporan polis dibuat selepas mendapati terdapat beberapa kesan luka dan lebam di muka, perut, dada dan bahagian belakang mangsa,”katanya.

Fadzil memberitahu, bedah siasat kanak-kanak itu dijalankan hari ini dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Kosmo Online

—————————————————————–
loading…

Source : Bulletin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.